Sedang kita bertungkus lumus untuk sentiasa memberikan yang terbaik buat anak-anak, pernahkah kita terfikir mengenai nasib para anak yatim terutamanya yang tinggal di pusat-pusat kebajikan?

Pernahkah kita bertanya adakah keperluan mereka mencukupi atau bila kali terakhir mereka merasai untuk memakai pakaian yang baru?

Sebagai golongan yang berkemampuan, tidak salah rasanya untuk kita berkongsi rezeki lebih-lebih lagi di zaman ekonomi yang serba mencabar ini.

Itulah yang cuba disampaikan oleh pelakon, Anzalna Nasir apabila dia ada berkongsi sebuah video memaparkan aktiviti-aktiviti kebajikannya sewaktu menyantuni para penghuni Rumah Asnaf dan Anak Yatim Nur Qasih baru-baru ini.

“Bahagia Tengok Mereka Gembira,” – Beli Mainan Ikut Permintaan, Anzalna Nasir Teruja Syukuri Nikmat Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim

IKLAN

Menurut Anzalna, dia berasa sangat teruja apabila berpeluang untuk menyumbang barangan seperti pakaian baru dan juga permainan buat anak-anak yatim di pusat kebajikan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

 “Berkongsi rezeki. Kami beli diatas permintaan mereka. Hopefully they are happy! Thanks @nadia__ for doing this with me,” tulisnya.

Video berdurasi lebih dua minit itu dikongsikan oleh Anzalna menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

“Bahagia Tengok Mereka Gembira,” – Beli Mainan Ikut Permintaan, Anzalna Nasir Teruja Syukuri Nikmat Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim

Jelas ibu kepada seorang anak ini lagi, segala barangan tersebut dibeli mengikut permintaan setiap seorang daripada kanak-kanak tersebut.

Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih hampir 200,000 tontonan selain turut dihujani ratusan komen.

IKLAN

“Bahagia Tengok Mereka Gembira,” – Beli Mainan Ikut Permintaan, Anzalna Nasir Teruja Syukuri Nikmat Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim “Bahagia Tengok Mereka Gembira,” – Beli Mainan Ikut Permintaan, Anzalna Nasir Teruja Syukuri Nikmat Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji usaha murni tersebut selain turut mendoakan semoga Anzalna akan sentiasa dimurahkan rezeki.

“Bahagia Tengok Mereka Gembira,” – Beli Mainan Ikut Permintaan, Anzalna Nasir Teruja Syukuri Nikmat Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim “Bahagia Tengok Mereka Gembira,” – Beli Mainan Ikut Permintaan, Anzalna Nasir Teruja Syukuri Nikmat Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim “Bahagia Tengok Mereka Gembira,” – Beli Mainan Ikut Permintaan, Anzalna Nasir Teruja Syukuri Nikmat Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim

Sumber: Instagram Anzalna Nasir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI