Usahawan, Nur Sajat meminta maaf kepada semua pihak yang tersinggung berikutan video tular apabila ada pihak mendakwa dirinya bercakap mengenai belum ada pondan terkena wabak COVID-19.
Penyanyi Makhluk Penggoda itu menerusi laporan Harian Metro, hari ini menjelaskan video terbabit sengaja disunting pihak tidak bertanggungjawab dengan niat membangkitkan ramai.
“Saya tahu disebabkan video itu ramai marah termasuk ustaz. Jadi, saya minta maaf. Cuma, ingin dijelaskan apa yang ditularkan itu adalah hasil suntingan pihak tidak bertanggungjawab.
“Sebenarnya petikan itu diambil daripada video siaran langsung di Instagram. Saya hanya menjawab soalan netizen yang mengatakan pondan pembawa Corona (Covid-19). Malah, soalan sama ditanya berulang kali yang sengaja nak buat provokasi.
“Jadi, saya jawab kenapa nak kena salahkan gender dalam kes ini. Wabak ini tak kira siapa pun. Malah, asal wabak ini pun dari mana. Disebabkan pondan, terus cakap nak kata punca.
“Itu sebab saya cakap tak pernah lagi pondan kena Corona. Tapi, bahagian itu saja yang diambil, sunting dan tularkan,” katanya.
Sajat pada masa sama turut menambah, dia tidak pernah lagi membuat video siaran langsung untuk bercakap mengenai isu pandemik berkenaan semata-mata.
“Bagi yang selalu menonton IG ‘live’ saya mesti tahu dan sedia maklum soalan yang dilemparkan netizen. Macam video yang tular ini, saya buat ‘live’ bukan semata-mata nak bercakap isu itu.
“Kalau betul hanya isu terbabit, kenapa versi pendek saja ditularkan? Kenapa tak letak yang penuh? Disebabkan itu, kena tengok versi penuh video baru anda faham,” terang Sajat.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI