Elfira Loy dan suaminya Muhamad Faris Khairol Anuar selesai menganjurkan majlis akikah serta tahnik buat putera sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf beberapa hari lalu.
Menerusi foto yang dikongsikan Elfira di akaun Instagram miliknya, majlis tersebut diadakan secara meriah dan bintang ini turut berkongsi pengalaman sepanjang majlis menerusi ruangan kapsyen.
Terkini, Elfira yang mesra disapa EL ada mengenai perjalanan majlis akikah anaknya itu.
Kongsinya, dia kerap menonton video selain mencari di laman sesawang berkenaan majlis berkaitan kerana agak jarang dengan majlis sedemikian.
“Cakap pasal aturcara majlis pulak. El memang tak familiar langsung dengan majlis sebigini sebab jarang pegi and el pulak anak pertama yang kahwin. So el banyak google & tengok video.
“Susah betul nak faham sebab banyak cut cut. So el pun tanya ustaz apa yang boleh buat . Jadi on that day the flow, Ustaz Dato’ Shamsul memulakan dengan bacaan yassin, tahlil ringkas, doa, tahnik serta cukur jambul & alunan selawat & qasidah dari kumpulan Marhaban Alam Damai.
“Barang yang diperlukan untuk tahnik & cukur jambul adalah kurma, kismis, air zamzam & gunting. (terima kasih mama decokan tempat bekas keperluan tu).
“Bahan-bahan tadi dicampurkan di dalam satu bekas dan ditahnikkan di atas lelangit baby. Air tahnik tu diminum oleh ibu & bapa, tapi lupa nak tanya tujuannya apa. Tapi Alhamdulillah, sepanjang majlis ini rayyan tenang je,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Elfira dan suami mendirikan rumah tangga pada 1 Januari tahun ini dan dikurniakan cahaya mata pada 1 Oktober lalu.
Foto: Instagram Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI