Elfira Loy dan suaminya Muhamad Faris Khairol Anuar selesai menganjurkan majlis akikah serta tahnik buat putera sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf beberapa hari lalu.

Menerusi foto yang dikongsikan Elfira di akaun Instagram miliknya, majlis tersebut diadakan secara meriah dan bintang ini turut berkongsi pengalaman sepanjang majlis menerusi ruangan kapsyen.

Terkini, Elfira yang mesra disapa EL ada mengenai perjalanan majlis akikah anaknya itu.

Kongsinya, dia kerap menonton video selain mencari di laman sesawang berkenaan majlis berkaitan kerana agak jarang dengan majlis sedemikian.

“Cakap pasal aturcara majlis pulak. El memang tak familiar langsung dengan majlis sebigini sebab jarang pegi and el pulak anak pertama yang kahwin. So el banyak google & tengok video.

IKLAN

“Susah betul nak faham sebab banyak cut cut. So el pun tanya ustaz apa yang boleh buat . Jadi on that day the flow, Ustaz Dato’ Shamsul memulakan dengan bacaan yassin, tahlil ringkas, doa, tahnik serta cukur jambul & alunan selawat & qasidah dari kumpulan Marhaban Alam Damai.

“Barang yang diperlukan untuk tahnik & cukur jambul adalah kurma, kismis, air zamzam & gunting. (terima kasih mama decokan tempat bekas keperluan tu).

“Bahan-bahan tadi dicampurkan di dalam satu bekas dan ditahnikkan di atas lelangit baby. Air tahnik tu diminum oleh ibu & bapa, tapi lupa nak tanya tujuannya apa. Tapi Alhamdulillah, sepanjang majlis ini rayyan tenang je,” tulisnya panjang lebar.

IKLAN
View this post on Instagram

Cakap pasal aturcara majlis pulak. El memang tak familiar langsung dengan majlis sebigini sebab jarang pegi and el pulak anak pertama yang kahwin. so el banyak google & tengok video. susah betul nak faham sebab banyak cut cut. So el pun tanya ustaz apa yang boleh buat . Jadi on that day the flow , Ustaz Dato’ Shamsul memulakan dengan bacaan yassin , tahlil ringkas , doa , tahnik serta cukur jambul & alunan selawat & qasidah dari kumpulan Marhaban Alam Damai . Barang yang diperlukan untuk tahnik & cukur jambul adalah kurma , kismis , air zamzam & gunting . ( terima kasih mama decokan tempat bekas keperluan tu ) . Bahan bahan tadi di campurkan di dalam satu bekas dan ditahnikkan di atas lelangit baby. Air tahnik tu diminum oleh ibu & bapa . tapi lupa nak tanya tujuannya apa. Tapi Alhamdulillah, sepanjang majlis ini rayyan tenang je.

A post shared by 25 | 🇲🇾 | (@elfiraloy) on

View this post on Instagram

El nak share jugak part yang paling susah nak fikir , iaitu nak bagi apa kat orang yang datang nih. Kalau boleh el nak bagi sesuatu yang tetamu tak buang buang or taknak ambik. So inside the goodies , el letak Yassin untuk bacaan yassin pada hari itu , kerepek bawang fav el untuk tetamu yang tak breakfast terus datang tapi nak kudap kudap sebelum makan dan brownies untuk balik dalam kereta kalau jam nanti. tetapi knowing me of course i will put some beauty products too , this time i put some of @lerbolariomalaysia products supaya mandi ingat el 😂 sebab wangi gila product dia and also baby hair spray from @mommy_modern_official untuk kegunaan si kecil bagi rambut lebat macam rayyan. Yassin& brownies tu el order from @melor.st sebab senang dia ada macam macam untuk doorgift , tinggal pilih je. mudahlah takyah pening pening. . & kerepek from @kerepek.kiub , el share sebab orang kata sedap. Ramai mintak number harini nak order from them. Sekian , itu sahaja. semoga ia dapat membantu menjadi panduan ibu ibu.

A post shared by 25 | 🇲🇾 | (@elfiraloy) on

IKLAN

Terdahulu, Elfira dan suami mendirikan rumah tangga pada 1 Januari tahun ini dan dikurniakan cahaya mata pada 1 Oktober lalu.

Foto: Instagram Elfira Loy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI