Bahana Rogol Pelajar Hingga Mengandung, Orang Awam ‘Ajar’ Cikgu Dengan Cara Ini

Share

Seorang guru diheret ke sepanjang jalan dengan hanya mengenakan seluar dalam selepas dipercayai telah merogol pelajarnya sendiri hingga hamil. Insiden gempar itu difahamkan berlaku di Eluru, daerah Godavari Barat di negeri Andhra Pradesh.

Situasi memalukan itu turut dirakamkan orang awam dengan menggunakan telefon sebelum dikongsi ke media sosial. Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku beberapa hari lalu.

Selain diheret untuk berarak ke sepanjang jalan untuk ke balai polis berhampiran, individu tersebut juga dikatakan turut dipukul kira-kira 15 lelaki sebelum dibukankan baju dan seluarnya.

Terdahulu, guru berusia lewat 30-an itu juga telah didakwa memberikan pil menggugurkan kandungan kepada mangsa selepas memperkosa pelajar berusia belasan tahun itu.

Malah, keluarga mangsa menyedari perkara itu selepas dia mengalami pendarahan yang teruk dan pelajar malang itu kemudiannya mendedahkan perbuatan guru berkenaan.

“Dia hampir menemui ajal akibat pendarahan itu. Apabila kami tahu tentang perkara itu, kami tidak berdiam diri dan terus menangkapnya,” kata salah seorang sumber.

Setibanya di balai, guru terbabit ditahan selepas mengakui telah melakukan perbuatan hina itu.

Sumber: Daily Mail

Published by
Rafiq Mazlan