Mendapat markah juri tertinggi bagi minggu pertama Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019), kumpulan J-Born yang dianggotai Khir Rahman, Joey dan Vicha gemuruh dengan kedudukan yang diperolehi.

Jelas mereka, minggu akan datang semestinya detik sukar kerana bimbang akan reaksi juri dan penoton meletakkan harapan tinggi.

“Percayalah bahaya apabila mendapat tempat pertama. Setiap yang dilakukan adalah pertaruhan dan kami tidak tahu reaksi penonton. Kami takut jangkaan penonton selepas ini.

“Dan kebetulan apa yang kami lakukan menjadi, namun tidak semestinya perkara yang sama akan berlaku untuk episod akan datang.

“Kami juga bukan hanya berlandaskan kepada markah juri, sebaliknya termasuk undian penonton. Ini mempengaruhi kedudukan kami untuk tidak berada di empat terbawah.

“Namun walau apapun, rezeki ilham yang paling penting. Jika tiada ilham, mendapat undian online tertinggi pun tiada guna,” jelas J-Born pada sidang media Maharaja Lawak Mega 2019.

Ads

Menyifatkan bersaing sengit dengan peserta senior MLM2019, jelas J-Born, bidang lawak masih baru buat mereka meski baru sahaja menyandang gelaran juara Muzikal Lawak Superstar (MLS) tak lama dulu.

“Kami masih lagi baru dalam lawak ‘kering’ ini. Walaupun baru sahaja memenangi MLS, harapnya pendekatan dan kaedah yang digunakan dahulu dapat dikekalkan.

“Saya sangat berdebar dan tidak senang duduk di belakang pentas. Kami sentiasa membayangkan jika penonton tidak ketawa dengan lawak kami, biru muka dibuatnya.

“Kami juga belum mesra dengan penonton jadi sukar untuk membuat mereka ketawa. Berbeza dengan pelawak senior lain, melihatkan muka sahaja boleh pecah perut ketawa,” kata Khir Rahman.

Ads

Akur dengan komen Inul Daratista sebagai juri tetap MLM2019 yang menyifatkan rata-rata peserta belum mampu membuatkannya terhibur, J-Born berpandangan, itulah kejujuran yang diperlukan untuk menjadi juri.

“Inul seorang yang jujur dan seorang yang sangat berseni. Apa yang diluahkan ialah berdasarkan jiwa seni dan pengalamannya.

“Persekitaran dan bahasa memainkan peranan. Jika dia meletakkan diri melihat comedian di Indonesia, maka ia tidak adil.

Ads

“Dia mahu lawak yang global yang difahami, namun penonton adalah masyarakat setempat dan tayangannya di sini. Ini yang menyukarkan kami.

“Inul di Indonesia sendiri merupakan komedian dan penghibur. Dia ada ilmu untuk menilai sesuatu lawak. Dia memang seorang yang jujur, jika tidak bagus, dia akan berterus terang,” jelasnya mereka lagi.

MLM2019 dihoskan Datuk AC Mizal bersama barisan peserta MLM 2019 yang terdiri daripada dua peserta solo dari Indonesia, Rahmet dan Popon serta satu kumpulan dari Brunei, Cali.

Inul Daratista dan Lisa Surihani diberi kepercayaan menjadi juri tetap bagi musim ini.

MLM 2019 boleh diikuti secara langsung di Astro Warna, saluran 123 dan Warna HD, 124. Malah ia boleh distrim melalui platform Astro Go dan On Demand.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI