Pelakon, Siti Elizad atau dikenali sebagai Elizad kini sedang mengerjakan umrah di tanah suci bersama suami, Shamsul Baharin Rahman.

Elizad telah memuat naik beberapa keping gambarnya bersama dengan suami di Instagram sekitar di tanah suci.

Yang menariknya, Elizad telah memuat naik satu gambar berserta kapsyen yang mengatakan ingin membalas dendam membebel dan berleter kepada suaminya.

“Para suami kalau dapat isteri yg suka menyentap , memetir , membebel , boleh bawak para isteri masing2 ke sini . Sbb kat sini tak ley menjawap , nanti Allah byr cash . Contoh mcm aiii , Encik suami bagi kepujian tertinggi tau..

IKLAN

“Baik betullah isteri i ni , bercakap lemah lembut jeeeee , sopan bak bidadari “ . Sambil kau balas dgn senyuman..

“Dlm hati “ Dia x tak tau ke , aku tgh collect point nak bawak balik Mesia “ . Anyway , kami dah doakan utk semua yg mengirimkan doa , nanti ke Madinah kami sampai kan salam buat Rasullullah pula ya,” tulisnya.

IKLAN

Aduhai, gurau suami isteri. Sebenarnya dengan membebel dan leteran si isteri juga boleh mengeratkan hubungan pasangan suami isteri. Betul tak?

IKLAN

Terdahulu, pasangan ini menjejakkan kaki ke tanah suci pada 7 januari yang lalu.

Mereka dijangka pulang ke tanah air pada 15 januari ini. Semoga pasangan suami isteri ini selamat pulang ke tanah air nanti.

Foto : IG Elizad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI