Khabar duka menimpa pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled selepas memaklumkan ibu tirinya Rahayu Muhammad telah kembali ke rahmatullah pada pagi Rabu.

Berita mengenai kematian itu dikongsikan oleh Aisar menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Menurut pelakon drama Chandelier ini, meskipun agak berat baginya untuk menerima pemergian tersebut, namun dia tetap reda dengan segala ketentuan yang telah diaturkan oleh Sang Pencipta.

“Baik Sangat Orangnya, Allah Lebih Sayangkan Mummy,” – Ibu Tiri Meninggal Dunia, Perkongsian Video Aisar Khaled Bikin Ramai Sebak “Baik Sangat Orangnya, Allah Lebih Sayangkan Mummy,” – Ibu Tiri Meninggal Dunia, Perkongsian Video Aisar Khaled Bikin Ramai Sebak

“Perginya seorang ibu yang tercinta. Ibu tiri saya (Rahayu Binti Muhammad) telah pergi ke rahmatullah pada Subuh 3 ramadhan pagi tadi .

“Baik sangat orangnya Allah lebih sayang mummy. Yang hidup pasti akan mati, bersiap sedia banyakkan amalan .

“Mintak sahabat semua sedekahkan Al-fatihah,” tulisnya sebak.

Ads

Dalam pada itu, Aisar turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa bersedia  berhadapan dengan kematian dengan memperbanyak amal ibadah.

“Baik Sangat Orangnya, Allah Lebih Sayangkan Mummy,” – Ibu Tiri Meninggal Dunia, Perkongsian Video Aisar Khaled Bikin Ramai Sebak “Baik Sangat Orangnya, Allah Lebih Sayangkan Mummy,” – Ibu Tiri Meninggal Dunia, Perkongsian Video Aisar Khaled Bikin Ramai Sebak

Menerusi entri berasingan, bintang berusia 22 tahun ini turut berkongsi sepotong video sewaktu dia menyempurnakan jenazah ibu tirinya itu di tanah perkuburan.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa dukacita selain turut menitipkan doasemoga  arwah ibu tiri Aisar ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

“Inalillahiwaiina hirojiun. Semoga Allah beri rahmat kepada allahyarhamah Dan semoga doa menjadi penghubung. Semoga bertemu kembali di akhirat kelak.

“Baik orangnya. Meninggal dalam bulan Ramadan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

“Innalillahiwainnailaihirojiun.. semoga allah meletaknya dikalangan orang yang beriman.

Ads

“Al-fatihah. Stay strong Aisar! Tahu Aisar kuat. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

“Ya Allah rasa baru tengok video masak bersama. Arwah pergi di bulan yang mulia. Be strong Aisar,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Baik Sangat Orangnya, Allah Lebih Sayangkan Mummy,” – Ibu Tiri Meninggal Dunia, Perkongsian Video Aisar Khaled Bikin Ramai Sebak

Setakat ini, video yang dikongsikan di laman Instagram itu telah pun meraih lebih 100,000 jumlah tontonan selain turut dihujani komen-komen netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Aisar Khaled

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI