
Menerusi akaun Instagram anak sulung iaitu Yusof Iskandar iaitu @theyusofiskandar, pelakon Hanis Zalikha baru-baru ini berkongsi aktiviti menghafal beberapa sifir bagi menguji kanak-kanak terbabit.
Bukan hanya sifir dua, malah Yusof sudah mampu menghafal sifir tiga, lima dan tujuh pada usia lima tahun.
Meski adiknya, Alisa beberapa ketika dilihat ada bergurau dengan abangnya, namun Yusof dilihat masih dapat menguasai sifir yang diajukan ibunya dengan baik dan lancar.
“Sifir 2, 3, 5 and 7 sebelum adik datang,” tulisnya pada ruangan kapsyen pada video yang sudah pun ditonton lebih 500,000 kali itu.
Meski baru beberapa hari dimuatnaik, namun peminat tampil memuji dengan menyifatkan Yusof sebagai anak yang bijak.
Malah tak kurang yang begitu mengagumi hasil didikan Hanis dan suaminya, pelakon Hairul Azreen terhadap dua anak mereka.
Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2015 dan pada 3 Jun 2016, Yusof Iskandar hadir melengkapkan bahagia mereka.
Kini selebriti ini turut dikurniakan seorang anak perempuan, Alisa Aisyah yang lahir pada 24 Mei 2019 lalu.
Foto: Instagram Yusof Iskandar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tuah Nur, Syafiq Kyle & Amyra Rosli Bolot Anugerah Di ASK2018, Ini Senarai Lengkap Pemenang ASK2018

Keputusan Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) telah pun diumumkan, sebentar tadi bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Tahniah MH ucapkan kepada para pemenang terutamanya kepada Filem Dukun dan drama Nur yang menepati ramalan.
Dalam pada itu, pemenang pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian,Amyra Rosli mengakui terkejut dengan kemenangan tersebut.
“Kami ada group whatsapp dan diberitahu bahawa drama Nur tercalon dalam ASK 2018.
“Jadi memang tak tahu apa-apa lepas tu menang lagi. Memang terkejut ,tapi bersyukur sangat-sangat,”katanya kepada MH.
Sementara itu, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian, Syafiq Kyle pula mengatakan bahawa dia sebenarnya sudah bersyukur apabila dapat berlakon dalam drama tersebut.
“Pada saya, berlakon dalam drama Nur sendiri merupakan pencapaian besar bagi saya.
“Bila dapat anugerah ini seperti satu bonuslah untuk saya,” katanya kepada MH.
Apa-apapun, mari kita lihat senarai pemenang penuh ASK2018
Penyunting Drama Terbaik
-Qalbu ( Mohd Shahrul Amin)
Videografi Drama Terbaik
– Nisaa (Nasarudin Ahmad Kamal)
Lakon Layar Terbaik
-Dukun (Huzir Sulaiman)
Lakon TV Terbaik
-Aku Nazmi (Sofia J Rhyland
Rancangan Majalah Terbaik
-999
Eps: Rempit KESAS Formasi Bukit Aman
Rancangan Realiti Terbaik
-Let’s Cycle Season 3
Eps: Linght Up Borneo
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
-Dukun (Namron)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
-Pinjamkan Hatiku (Normah Damanhuri)
Drama Komedi Terbaik
-Mat Rukun
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
-Pendosa Ingin Ke Syurga
(Fauziah Nawi)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
-Qalbu (Fauzi Nawawi)
Rancangan Anugerah Terbaik
-Anugerah Skrin 2017
Eps: Mencipta Fenomena
Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian
-Nur (Amyra Rosli)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian
-Nur (Syafiq Kyle)
Pengarah Terbaik Filem
-Dukun (Dain Said)
Pengarah Terbaik Drama
-Pendosa Ingin Ke Syurga
(Rashid Sibir)
Pelakon Wanita Terbaik Filem
-Dukun (Datin Seri Ummie Aida)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem
-Pinjamkan Hatiku ( Shaheizy Sam)
Pelakon Wanita Terbaik Drama
-Fatonah Azali (Nad Zainal)
Pelakon Wanita Terbaik Drama
-Aku Nazmi ( Jay Izwazir)
Drama Rantaian Terbaik Kategori Bahasa Cina
-Green Wall
Drama Rantaian Terbaik Kategori Bahasa Melayu
– Nur
Filem Terbaik
-Dukun
Drama Terbaik
-Pendosa Ingin Ke Syurga
Montaj Terbaik
-Anugerah Juara Lagu ke-32
Rancangan Dokumentari Terbaik
-Majalah 3
Ops Benih Buaya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Tayang Kat Siapa Bentuk Body Tu, Bahal*l?” – Hanez Suraya Dedah Terima Komen Melampau

Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya berkongsi satu komen yang dihantar pengguna Instagram menerusi ‘direct message’ (DM) yang antara lain mengecam penampilannya yang didakwa tidak menjaga aurat dengan baik meski bertudung.
Komen individu berkenaan dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi Insta Stories pada Rabu.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan foto mana yang dimaksudkan individu tersebut hingga sanggup memberikan reaksi dengan menggunakan bahasa yang agak kasar.
“Macam inilah jadinya kalau hanya faham tutup aurat tu hanya pakai tudung. What a stupid idi*t thinking like you, Hanez Suraya,” antara reaksi yang dihantar.
Tidak memberikan reaksi panjang, Hanez hanya ‘mengucap’ Astaghfirullahalazim terhadap respon tersebut.
Hanez kini banyak mengisi masa dengan berbasikal dan turut berkongsikan rutin aktiviti sihatnya itu di media sosial.
Foto: Instagram Hanez Suraya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ramai Je Yang Muka Lawa Tapi ‘Bawah Bersawang’ Atau Berbau,” – Syatilla Melvin

Selepas kejayaan produk Kekasih by The Melvins, pelakon Syatilla Melvin bakal melancarkan produk jamunya sendiri hasil sokongan suaminya, Shaheizy Sam yang dijangka akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Mengakui sudah mengamalkan pengambilan jamu sejak usia belasan tahun, bekas peserta Pencarian Dewi Remaja sezaman Neelofa ini mengakui impak baik yang diterima kerana mendorongnya untuk sama-sama berkongsi dengan wanita di luar sana.
Bezanya, jamu yang dinamakan Pengasih itu dihasilkan bersama ramuan terbaik, hasil dari pengalamannya sendiri selain nasihat dari mereka yang bertauliah.
“Benar, saya sudah amal jamu sejak usia 15 tahun lalu sejak bekerja di salun milik makcik yang ada menjual item berkenaan. Saya cuba dan menyukainya sehinggalah sekarang.
“Ini kerana, saya sendiri boleh rasa sendiri impaknya ketika bujang dan sekarang. Rasa lebih bertenaga, malah dapat merasakan perbezaan dari segi dalaman, apatah lagi selepas berkahwin dan melahirkan anak.
“Pada masa sama, ia juga boleh menjaga hubungan suami isteri. Apatah lagi zaman sekarang ini kita boleh lihat pelbagai permasalahan di antara suami dan isteri.
“Jadi bagi saya, ia sangat membantu hubungan bersama suami sebab kita tak boleh nafikan, antara punca perceraian di negara ini berpunca daripada faktor dalaman di samping hal lain.
“Sebab itulah saya nak lancarkan jamu ini kerana nak tolong wanita dan saya percaya kepada hubungan intim yang baik perlu berjalan di antara suami dan isteri demi keharmonian rumah tangga.
“Malah kalau pergi isi masa pada sesi ceramah dan motivasi pun, perkara tersebut sering disentuh. Hubungan seksual sangat penting dalam rumah tangga.
Ia kunci untuk kita kekal bahagia dan sebagainya,” katanya jujur.
Sementara itu bagi Tila, penjagaan bahagian intim juga perlu dititikberatkan wanita.
Secara tidak langsung, ia menyumbang kepada keyakinan dan semangat golongan itu.
“Ramai je yang muka lawa tapi ‘bawah’ bersawang atau berbau. Jadi saya kalau boleh nak didik golongan hawa untuk seimbangkan di antara kecantikan dan luaran.
“Jangan hanya banyak melabur pada kecantikan luaran tapi dalaman terbiar,” pintanya.
Ditanya sejauh mana tahap keyakinannya terhadap kesetiaan suami, ibu kepada dua cahaya mata ini mempunyai jawapannya sendiri.
Kata Tila, dia percaya pada ajal dan jodoh tetapi cuba berikan yang terbaik demi insan tersayang.
“Saya percaya juga pada takdir dan semua berlaku atas aturanNya. Cuma, selagi kita boleh elak, saya cubalah yang terbaik untuk kekalkan rumah tangga.
“Ketika saya lakukan proses uji kaji untuk jamu yang akan dikeluarkan sejak berbulan-bulan dulu misalnya, setiap kali minum saya akan bertanya pada Sam.
“Bila kami ‘bersama’, saya akan tanyakan Sam. Impak yang saya perasan ialah dari segi energi dan kekeringan kepada golongan wanita, insyaAllah ia boleh membantu.
“Kalaulah ada di antara pasangan suami isteri yang alami fasa suram di dalam rumah tangga kerana hubungan seksual, rasanya lebih baik untuk rawat soal bahagian intim mulai sekarang.
“Malah kadang-kadang kalau nak dibandingkan dengan bini muka punyalah cantik gila, tapi skandal suami muka macam tapak kaki. Kenapa pilih yang tak elok sedangkan isteri cantik?
“Tapi mungkin mereka tidak tahu, mungkin ada sebab lain yang buatkan perkara tersebut belaku, contohnya kan?
“Akan tetapi, saya berdoa agar kita yang sudah berkahwin ini dijauhkan perkara tersebut.
“Peranan kita sebagai isteri pula, kena tahu dan peka soal kebersihan luaran dan dalaman. Komunikasi bersama suami bagi saya adalah yang terbaik,” katanya lagi.
Sekadar mengimbas, Tila dan Sam berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan mempunyai dua cahaya mata iaitu Sheriv Samheizy, 3 dan Sarima Samheizy, 2.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI