Menitipkan ucapan hari lahir buat ibu tercinta, Fikry Ibrahim sempat bergurau untuk membelikan ubat gigi jenama Polident sebagai hadiah.
“Alhamdulillah. Selamat ulang tahun kelahiran ke-23 mak! Nanti cheq beli polident bagi naa
,” tulisnya.Menyambut ucapan hari kelahiran ibu Fikry, pelakon Farah Nabilah meninggalkan komen yang membuatkan netizen beranggapan kedua-duanya sedang bermain cinta.
“ Happy birthday mak. Ni cheq dah belikan polident. Nanti cheq hantaq.”
Apa yang lucu, gurauan ini dibawa ke laman Instagram Farah Nabilah.
Alahai netizen ni, Farah sekadar menyakat Fikry, maklumlah, Fikry kan pemalu orangnya.
Foto – Instagram Fikry Ibrahim & Farah Nabilah