Hiburan

Baim Wong & Paula Verhoeven Sah Bercerai, Tuntutan Nafkah Ditolak

Share

Pasangan selebriti, Baim Wong dan Paula Verhoeven, telah secara rasmi bercerai selepas proses perceraian yang bermula sejak Oktober 2024. Keputusan ini diumumkan oleh Humas Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Suryana, pada Rabu lalu.

Suryana menjelaskan bahawa permohonan Baim Wong untuk menggugat cerai Paula Verhoeven yang diajukan pada 8 Oktober 2024 telah diterima oleh Majelis Hakim.

Proses perceraian ini berlaku selepas beberapa pertengkaran dalam rumah tangga dan isu orang ketiga yang disampaikan oleh Baim Wong di pengadilan, yang akhirnya terbukti sah.

“Dalam persidangan, dalil yang disampaikan tentang pertengkaran dalam rumah tangga mereka terbukti benar. Gugatannya serta permohonannya telah diterima oleh majelis hakim,” ujar Suryana kepada Grid.ID

pada Rabu, 16 April.

Kehadiran Pihak Ketiga

Salah satu punca utama perceraian ini adalah hubungan luar yang melibatkan Paula Verhoeven dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai NS. Suryana menyatakan bahawa isu pihak ketiga ini telah terbukti di dalam persidangan.

“Berdasarkan bukti dan pengakuan dalam perbicaraan, pihak ketiga yang dimaksudkan oleh media, kami tidak boleh menyebutkan nama sebenarnya kerana perkara ini belum inkrah. Namun, lelaki dengan inisial nama NS itu disahkan oleh majelis hakim,” jelasnya.

Berkahwin pada 2018, mereka memiliki dua cahaya mata lelaki.

Dengan terbuktinya penglibatan pihak ketiga dalam rumah tangga mereka, Paula Verhoeven telah diisytiharkan sebagai isteri yang nusyuz. Dalam hukum Islam, nusyuz merujuk kepada isteri yang tidak menjaga kehormatan dalam perkahwinan dan dianggap bersikap derhaka terhadap suami.

“Keputusan ini menjadikan Paula Verhoeven sebagai isteri yang nusyuz, yang tidak berhak menerima nafkah iddah dan nafkah madiah. Dengan terbukti adanya pihak ketiga, haknya sebagai isteri yang akan diceraikan ditolak,” ujar Suryana.

BACA JUGA: Baim Wong Tegaskan Tak Pernah Ajar Anak Benci Paula Verhoeven Walaupun Rumah Tangga Bergolak

BACA JUGA: Satria Mulia Bersumpah Akan Berbogel Di Monumen Nasional Jika Baim Wong Rujuk Dengan Paula Verhoeven

Tuntutan Nafkah Ditolak

Sebelum perceraian ini, Paula menuntut nafkah madiah sebanyak Rp100 juta setiap bulan, dengan jumlah keseluruhan Rp800 juta kerana proses perceraian yang berlangsung selama 8 bulan.

Selain itu, Paula turut menuntut nafkah masa iddah sebanyak Rp200 juta sebulan, dengan jumlah keseluruhan Rp600 juta.

Namun, tuntutan ini tidak diterima oleh pengadilan selepas Paula disahkan sebagai isteri nusyuz. Nafkah yang dituntut ditolak berdasarkan ketentuan hukum Islam.

Suryana juga mengungkapkan bahawa hak penjagaan anak pasangan tersebut akan diberikan secara bersama-sama.

“Keputusan ini juga menyatakan bahawa kedua-dua pihak akan menjaga anak mereka secara bersama, tanpa sebarang pertikaian,” tambahnya.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber: Tribunnews, Grid.ID

Published by
MFA