Menggalas tanggungjawab sebagai stesen televisyen yang mempromosikan gaya hidup Islam, TV AlHijrah sentiasa meletakkan kepentingan dakwah Islamiah sebagai roh dan orientasi penyiarannya.

Ini termasuk meletakkan komitmen untuk menjadi stesen televisyen utama negara yang meraikan hari kebesaran Islam menurut sunnah Baginda Rasulullah S.A.W.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, stesen berkenaan masih mengekalkan tradisi sebagai sebuah stesen televisyen utama di Malaysia yang meraikan hari kebesaran Islam dengan penuh barakah.

Baitullah Bertemu Kembali Jadi Tema, 9 Program TV Bermanfaat Sempena Kempen Haji 1443H Baitullah Bertemu Kembali Jadi Tema, 9 Program TV Bermanfaat Sempena Kempen Haji 1443H Baitullah Bertemu Kembali Jadi Tema, 9 Program TV Bermanfaat Sempena Kempen Haji 1443H

“Pada tahun ini, tema Baitullah Bertemu Kembali diangkat menjadi latar, tema dan panduan kepada kandungan yang ditayangkan di stesen ini sepanjang kempen haji 1443H berlangsung, menerusi kempen Program Haji 1443H bermula 20 Jun 2022 hingga 13 Julai 2022.

“Tema ini turut jelas menyatakan objektif penyiaran kami sepanjang Zulhijah ini iaitu menjadi stesen pemangkin inspirasi yang mendorong keinginan penonton semua untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah apabila berkemampuan,” katanya.

Ads

TV AlHijrah membariskan sembilan program menarik dan khas buat santapan rohani penonton disamping program-program sedia ada.

Baitullah Bertemu Kembali Jadi Tema, 9 Program TV Bermanfaat Sempena Kempen Haji 1443H

Antara yang disajikan ialah program bual bicara Live “Labbaikallah” yang telah memasuki tahun kesepuluh siaran yang bakal dikemudi oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah dan Ustaz Azhar Ghazali.

Ads

Sembang Haji pula bakal membincangkan isu-isu haji dan menjawab persoalan serta tanda tanya dalam kalangan masyarakat sementara Tangisan Di Baitullah, memaparkan seleksi kisah penghijrahan mereka yang rindu untuk meratap dan bermuhasabah diri di Baitullah untuk dijadikan pedoman penonton.

Paling istimewa, Munajat Arafah yang akan disiar secara langsung selama 17 jam bermula seawal 5 pagi hingga 10 malam bersempena Hari Arafah.

Rancangan-rancangan menarik Kempen Haji 1443H ini turut boleh dinikmati menerusi aplikasi telefon bimbit stesen ini yang dikenali sebagai AlHijrah Plus.

Ads

Lebih 5000 program ilmu pendidikan serta hiburan berlandaskan Islam dapat ditonton bila-bila masa dan di mana sahaja.

Baitullah Bertemu Kembali Jadi Tema, 9 Program TV Bermanfaat Sempena Kempen Haji 1443H Baitullah Bertemu Kembali Jadi Tema, 9 Program TV Bermanfaat Sempena Kempen Haji 1443H Baitullah Bertemu Kembali Jadi Tema, 9 Program TV Bermanfaat Sempena Kempen Haji 1443H

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/wbpSJGECSsY

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI