Aksi ‘kecoh’ ketika menonton program Hlive! yang merakamkan anak sulungnya, Allisya Tahir di kaca televisyen, gelagat pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah nyata mencuit hati ramai.
Masakan tidak, ibarat menjadi penonton di studio, aksinya yang mencelah setiap kali anaknya itu ditemuramah mendapat reaksi peminat dan rakan selebriti di Instagram.
“Baju bundle kau pakai.
“Siapa mekap ni? Mekap sendiri tak ada bajet.
“Kau nyanyi elok-elok sikit. Nak nyanyi, nyanyi betul-betul jangan berangan,” itu antara reaksi yang diberikan Shahirah.
Pada masa sama, anaknya itu turut memberitahu ibunya menjadi antara penyokong kuatnya untuk terus aksi dalam seni hingga berjaya mengeluarkan single sulung.
Untuk rekod, Allisya ialah anak daripada perkahwinan terdahulu Shahirah bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.
Shahirah sekarang mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ijoy dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell, 16, Airra, 13, Audra, 11 dan Adeena, 3.
Foto: Instagram Sharifah Shahirah