Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie sanggup menangguhkan persiapan penyediaan koleksi Raya Aidilfitri pada tahun ini semata-mata mahu memberi keutamaan dan bantuan kepada petugas barisan hadapan kakitangan hospital.
Kongsinya, dia kini dalam proses menyiapkan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) dalam bentuk tudung dan sut.
“PPE Tudung & PPE Suits di hadapan, baju couture tolak tepi dulu. #KitaJagaKita @jovianmandagie,” jelasnya.
View this post on InstagramPPE Tudung & PPE Suits di hadapan, baju couture tolak tepi dulu. #KitaJagaKita @jovianmandagie
A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie) on
Kagum akan usaha pereka itu, netizen memuji tindakannya menggunakan kepakaran dalam meringankan beban petugas barisan hadapan.
Terdahulu, Datuk Radzuan Radziwill turut menyumbang tenaga menjahit PPE untuk diberikan kepada kakitangan hospital terlibat.
Foto : Instagram Jovian Mandagie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas Pathaan & Jawan, Shah Rukh Khan Lakar Sukses Lagi Menerusi Dunki; Kali Ini ‘Lari’ Dari Imej Macho
Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan kini mempertaruhkan filem bergenre komedi, drama dan romantik berjudul Dunki.
Ia susulan kejayaan dua naskhah terdahulu yang turut dibintanginya iaitu Pathaan dan filem aksi thriller, Jawan pada pertengahan tahun yang turut melakar sukses meraih kutipan tinggi tersendiri dalam industri perfileman Bollywood, tahun ini.
Buat pertama kali, Shah Rukh menerusi Dunki bekerjasama dengan pengarah hebat Rajkumar Hirani yang pernah mencipta sejarah menerusi filem Munnabhai MBBS, PK dan 3 Idiots.
Tampil dengan kisah berbeza, filem ini ‘menjauhkan’ Shah Rukh daripada aksi dan penampilan macho di layar perak.
Dunki mengetengahkan perbezaan antara kaya dan miskin, celik dan buta huruf serta impian dalam kehidupan selain mengangkat isu pendatang asing dari Punjab, India Utara untuk mencari kehidupan lebih baik.
Di sebalik itu, Rajkumar turut menyelitkan beberapa fakta dan statistik yang berlaku terhadap pendatang asing di dalam skrip ditulis bersama Abhijat Joshi dan Kanika Dhillon itu.
Kisah pendatang asing sudah menjadi isu ‘tabu’ dan memberi impak seluruh dunia, namun Rajkumar bijak mengolah jalan cerita dengan menyuntik elemen kemanusiaan, selain disampaikan berselang-seli dengan aksi humor serta menjentik emosi penonton.
Dunki tampil dengan kekuatan tersendiri melalui jalan cerita dan lakonan hebat Shah Rukh dan gandingannya, Taapsee Pannu.
Ia turut dibarisi Boman Irani, Vicky Kaushal, Vikram Kochhar, Boman Irani, Anil Grover dan Dharmendra.
Kisah berlatarkan pada tahun 1995 apabila Hardy Singh Dhillon (Shah Rukh) yang juga seorang askar yang baru saja pulih daripada kecederaan tiba di bandar bernama Laltu di Punjab untuk mencari lelaki yang pernah menyelamatkan nyawanya.
Hardy bertemu dengan tiga lelaki, Taapsee Pannu (Manu), Anil Grover (Balli) dan Vikram Kochhar (Buggu) yang bercita-cita berhijrah ke London, England untuk mencari kehidupan lebih baik.
Tanpa diketahui, lelaki itu sudah meninggal dunia dan abang kepada Manu. Atas rasa terhutang budi, Hardy berjanji membantu Manu dan rakan-rakannya ke London.
Bagaimanapun, mendapatkan visa tidak semudah disangka, selain kekurangan wang.
Mereka mula mendekati ejen yang menipu, kemudiannya atas desakan Hardy mereka mula belajar bahasa Inggeris untuk memperoleh visa pelajar ke United Kingdom (UK).
Mereka bertemu Siddu (Vicky Kaushal), seorang lelaki yang terdesak mahu pergi ke London hanya untuk sehari.
Apabila gagal menyelesaikan kelas bahasa Inggeris, mereka mengambil jalan mudah melalui laluan haram.
Bermula ke Pakistan, kemudiannya Afghanistan, Iran dan seterusnya, UK dengan kapal, namun tersangkut dalam kontena.
Sudah tentu perjalanan mereka penuh pengkhianatan dan kehilangan beberapa rakan pengembara di sepanjang jalan, tetapi mereka tidak berputus asa menjejaki kota impian, London.
Dunki yang sarat dengan emosi dan mengetengahkan erti persahabatan serta nilai setia kawan itu diedarkan oleh White Merpati Entertainment Sdn Bhd di Malaysia dan menemui penonton di pawagam seluruh dunia sejak 21 Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Maaf Mama Tak Dapat Cium Dahi Alif Lagi,” – Ulang tahun ke-21 Arwah Alif Johan, Kecekalan Hati Nora Ariffin Ziarahi Pusara Anak & Suami Jentik Jiwa Ramai
Nora Ariffin ada memberi dedikasi serta titipan teristimewa buat anak keduanya, Allahyarham Alif Johan yang sudah pergi mengadap Illahi Disember lalu bersempena dengan ulang tahun kelahiran arwah, semalam.
Menerusi Instagram, coretan yang dibuat penyanyi Renungan Terakhir ini nyata menjentik jiwa sesiapa sahaja yang membacanya.
“Happy birthday yg ke 21 buat anakku Alif Johan. Hanya Doa yg mampu mama berikan. Maaf mama tak dpt cium dahi Alif lagi.
“Moga tenang disana bersama papa. In Shaa Allah kita akan bertemu lagi. Mama rindu Alif. Mama rindu Alif sebagai anak, teman borak, tengok wayang & & etc.
“Miss you my BFF. Nnt kita jumpa lagi ye. Al- fatihah,” tulis Nora.
View this post on InstagramA post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on
Manakala, bintang asal Kelantan ini turut berkongsikan beberapa keping foto menerusi entri lain yang merakamkan dia turut menziarahi pusara suami, Allahyarham Johan Nawawi.
Turut kelihatan dalam foto yang dikongsi ialah anak-anaknya yang lain.
“Abang, hari ini ni 7/3 hari lahir anak ke2 kita, Alif Johan tak sempat sambut 21 tahun hari ni.
“Alif juga sudah pergi meninggalkan kami. Anak2 lain, Alhamdulillah semuanya baik2 belaka.
“Syukur pada Allah, dgn kekuatan yg diberi, sokongan anak2, Iman, Putri & fatehah, walau payah, perlahan – lahan i cuba melangkah selagi terdaya menyara hidup & memberi kebahagiaan utk anak2 kita.
“We miss you a lot. Really Miss you. In Shaa Allah kita semua dpt bertemu lagi dijannah. Al- fatihah Johan Nawawi,” titipnya.
View this post on InstagramA post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on
Lalu, apa yang dikongsikan Nora mendapat reaksi para peminat. Selain memuji hati si ibu yang cukup kuat, rata-ratanya turut sedekahkan doa serta bacaan al-Fatihah buat dua insan tersayangnya itu.
Terdahulu, arwah Johan yang juga komposer terkenal itu meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.
Sementara, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan turut aktif di arena nyanyian, malah mara sebagai 20 calon protege program Mentor Milenia 2019.
Foto: Instagram Nora Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Sedih Pula Tengok,”- Pulang Ke Malaysia, Mertua Nourul Depp Berlari Kejar Cucu Dalam Train Sambil Lambai!
Sudah sembilan hari penyanyi Nourul Depp menzirahi ibu dan bapa mertuanya di Perancis, kini tiba masanya untuk mereka pulang ke tanah air.
Lantas, penyanyi lagu Kerana Terluka itu telah berkongsi sepotong video yang memaparkan aksi ibu dan bapa mertuanya yang sedang berlari anak sambil melambai dua orang cucu kesayangannya itu.
“Nah saja kupas bawang lagi hari ni…. rindu pulak kat ibu dan Bapak mertua ku.
“Part last tu kami dah terdiam sebba nangis dah,” tulis Nourul.
Susulan itu, netizen turut berasa sebak melihat aksi bapa mertua Nourul seolah-olah berat untuk meninggalkan cucunya itu.
Untuk rekod, Nourul dan suaminya, Eric Daniel Depp berkahwin pada Jun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp,5 tahun, Raphel Depp,3 tahun dan Ayu Nazirah, 20 tahun (hasil perkahwinan terdahulu).
Nourul ketika ini sedang sarat hamil anak keempat dan sudah memberikan nama pada kandungannya itu, Isabella Depp.
Video: Instagram Nourul Depp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI