Pelakon, Datin Zizie Izette sangat gemar berkongsi foto dan momen bersama permata hatinya menerusi di akaun Instagram miliknya.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 40 tahun ini sering menjadi perhatian peminat apabila sentiasa mengenakan pakaian sedondon buat anak-anaknya.
Kongsi Zizie, dia tidak bersikap cerewet dalam pemilihan baju untuk anak dan dirinya.
Malah, isteri kepada ahli politik Bung Mokhtar ini memaklumkan bahawa dirinya tidak kisah jika memakai pakaian yang tidak berjenama.
“As u can always see, I love being matchy2 with my kids. I take pride in dressing them well and make them look good.
“Biarpun baju x mahal, xde brand sekalipun. Janji nampak rapi & kemas.
“Honestly, kalau saya nampak baju harga rm10 pun saya akan beli kalau baju tu cantik.
“Lagipun sayang, anak2 cepat membesar plus dgn ekonomi yg kurang baik, lebih baik berjimat utk persekolahan anak2 akan datang
“Tanggungjawab dah besar & anak2 dah ramai. Kena ukur baju di badan sendiri. Jangan pula “biar papa, asal bergaya”. Betul ke betul?,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen entri tersebut, rata-rata peminat memuji sikap rendah diri Zizie.
Foto: Instagram Zizie Izette