“Baju PM RM7,000 Korang Pertikai, Yang Beliau Pakai Batik Raifili Ni Ha, Tak Ada Pulak Orang Nampak…,” – Usahawan Wanita

Share

Baru-baru ini, ada segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob yang dikatakan mengenakan sehelai pakaian mewah ketika menghadiri sebuah majlis, baru-baru ini.

Pelbagai pendapat disuarakan menerusi media sosial dan ada yang menyarankan agar PM selepas ini sepatutnya mengenakan produk atau jenama lokal seperti pemakaian batik tempatan.

Lalu, perkara tersebut menarik perhatian pengasas jenama Raifili, Siti Fitryah Harun yang secara langsung menepis dakwaan netizen di akaun Tiktok peribadinya, MamaCT RAIFILI.

Menurut usahawan berusia 32 tahun ini, dia menegaskan bahawa dakwaan netizen yang kononnya PM mengagungkan jenama mewah antarabangsa sebagai kurang tepat.

Sebaliknya beliau disifatkan seorang yang berjiwa Melayu sekaligus bangga dengan rekaan anak tempatan.

Buktinya, pemakaian batik Raifili menjadi pilihan beliau ketika sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang berlangsung di Melaka hujung Mei lalu.

“Harganya pula jauh lebih murah daripada pakaian jenama mewah seperti yang tular itu,” luah pengasas Raifili berkenaan.

@mamact_raifili dia pakai jaa?? korg pertikai yg mahal ja? #fyp #kisahrakyat ♬ original sound – MamaCT RAIFILI❤️

Menurutnya lagi, perasaan teruja dan bangga apabila melihat Ismail Sabri sendiri sudi menyokong dan menggunakan jenama tempatan batik moden.

Malah menyedari akan kepentingan menghargai persalinan tempatan, pihaknya turut menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai menghargai batik.

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima hampir 40,000 kali tontonan menerusi aplikasi sosial tersebut.

“Susulan itu, Kempen 1 Juta Batik Percuma kepada satu juta penjawat awam di Malaysia telah pun diperkenalkan. Setakat ini sudah lebih 300,000 penjawat awam sudah menebus batik percuma menerusi kempen ini.

“Usaha dan amal kecil ini memberi semangat untuk kami memperkenalkan jenama ini sekaligus dapat membantu memartabatkan pemakaian batik moden Malaysia dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat Malaysia

“Penjawat awam boleh menebus batik percuma melalui pengedar sah Raifili atau di laman rasmi kami. Cara-cara menebus batik ini juga ada di pautan berkenaan.

“Terima kasih juga untuk rakyat Malaysia yang masih lagi sedar akan kepentingan memartabatkan jenama tempatan dan pemakaian batik dalam kalangan rakyat,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

Published by
MH