Semalam genap tiga tahun pemergian bonda tercinta kepada pelakon senior Jasmin Hamid, Allahyarham Khadijah Adnan.

Perkongsian itu dimuat naik Jasmin menerusi Instagram miliknya apabila dia dan anak lelakinya, Ia Haziq menziarahi pusara petang semalam.

“26 MAY 2016 – 26 MAY 2019

Hari ini genap 3 tahun arwah MAMA berpindah tempat tinggal yang kekal abadi..

“Setiap kali RAMADAN, hati saya pasti akan sayu pilu sebab arwah MAMA pulang menemui penciptaNYA, seminggu sebelum RAMADAN dan Baju Raya arwah MAMA dah pun siap tapi tak sempat nak pakai ?..

“Apapun kami anak beranak Redha dengan ketentuan Allah dan bersyukur kerana arwah MAMA pergi pada malam Jumaat dengan tenang dan jenazahnya di solatkan oleh ribuan para jemaah solat Jumaat.. Semoga arwah MAMA mendapat Husnul Khatimah …

Ads

“Mohon Allah ampunkan segala dosa arwah MAMA dan arwah BABA.

Tempatkan kedua arwah ibubapa ku di dalam syurgaMu tanpa HISAB.

Haramkanlah azab api neraka dan fitnah kubur.

Ads

“Lapangkanlah kubur kedua arwah Ibubapa ku seluas mata memandang.

Terangkanlah kubur kedua arwah Ibubapa ku.. Tinggikanlah darjat kedua Ibubapa ku.

Terimalah segala amal ibadat dan kasihanilah kedua arwah ibubapa ku seperti mereka mengasihiku sejak kecil.. Aamiin.. #ibubapa #pintuSurga #parents #love,” tulisnya panjang lebar.

Ads

View this post on Instagram

26 MAY 2016 – 26 MAY 2019 Hari ini genab 3 tahun arwah MAMA berpindah tempat tinggal yang kekal abadi.. Setiap kali RAMADAN, hati saya pasti akan sayu pilu sebab arwah MAMA pulang menemui penciptaNYA, seminggu sebelum RAMADAN dan Baju Raya arwah MAMA dah pun siap tapi tak sempat nak pakai ?.. Apapun kami anak beranak Redha dengan ketentuan Allah dan bersyukur kerana arwah MAMA pergi pada malam Jumaat dengan tenang dan jenazahnya di solatkan oleh ribuan para jemaah solat Jumaat.. Semoga arwah MAMA mendapat Husnul Khatimah … . . Mohon Allah ampunkan segala dosa arwah MAMA dan arwah BABA. Tempatkan kedua arwah ibubapa ku di dalam syurgaMu tanpa HISAB. Haramkanlah azab api neraka dan fitnah kubur. Lapangkanlah kubur kedua arwah Ibubapa ku seluas mata memandang. Terangkanlah kubur kedua arwah Ibubapa ku.. Tinggikanlah darjat kedua Ibubapa ku. Terimalah segala amal ibadat dan kasihanilah kedua arwah ibubapa ku seperti mereka mengasihiku sejak kecil.. Satukanlah aku dengan kedua Ibubapa ku di akhirat kelak sepertimana Kau satukan kami di dunia mu.. Aamiin.. #ibubapa #pintuSurga #parents #love

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

Lalu, netizen turut berdukacita diatas perkongsian Jasmin itu dan turut sedekahkan AlFatihah.

Difahamkan, arwah ibu Jasmin meninggal dunia akibat serangan jantung.

Tujuh bulan kemudian, bapanya, Abdul Hamid Nyak Mohamed pula meninggal dunia akibat sakit tua.

Foto : IG Jasmin Hamid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI