
Koleksi ikonik, RR by Rizman Ruzaini Basic Kurung Collection menjadi antara koleksi Raya paling laris terjual sejak diperkenalkan lima tahun yang lalu.
Ia menjadi koleksi signatur RR by RizmanRuzaini bukan sahaja untuk dipakai ketika menjelang Syawal, malah menjadi pilihan kebanyakan RR Royalties sebagai persalinan ke pejabat atau majlis harian kerana rekaannya yang praktikal.
Malah, ia sesuatu yang membanggakan apabila rekod jualan mencatatkan lebih 300,000, dalam tempoh lima tahun ini dengan 60 jenis warna diperkenalkan saban tahun.
Nafas Baru Sempena Ulang Tahun
Tahun ini, RR by Rizman Ruzaini Basic Kurung Collection sekali lagi dilancarkan dengan tiga potongan berbeza iaitu Kurung Pahang, Kurung Pahang Pleated, dan Kurung Kedah Pleated yang diberi nafas lebih segar, moden dan elegan.
Ia menawarkan 34 pilihan warna yang memudahkan suai padan gaya sedondon bersama si dia dan keluarga Syawal nanti.
Sebagai tanda penghargaan, setiap koleksi Kurung akan disertakan sehelai selendang sifon bercetak dan sebutir kerongsang bertahta permata secara percuma.
Selendang ini boleh digayakandengan pelbagai cara iaitu sama ada dipakai sebagai tudung kepala atau dipin di bahu, sebagai aksesori tambahan pelengkap gaya klasik dan mempesona.
Rekaan warna polos tanpa corak ini juga memudahkan untuk pemakain ‘mix and match’ dengan apa jua aksesori seperti tudung, kasut dan beg tangan.
Pilihan Raya Sedondon
Tahun ini juga, koleksi sama bakal menawarkan seleksi baju Raya untuk lelaki seperti Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu Teluk Belanga dan Kurta dengan pelbagai pilihan warna.
Rekaan ini juga disediakan untuk memudahkan pasangan mencari warna sedondon dalam satu jenama yang sama.
Tidak hanya untuk koleksi raya ibu dan ayah, RR by RizmanRuzaini juga menawarkan seleksi baju Raya untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang boleh digaya sedondon seisi keluarga.
Rekaan dan warna yang sama dengan koleksi dewasa dihasilkan untuk memudahkan pencarian dan menjimatkan kos dan masa para pelanggan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI