Categories: Uncategorized

Baju Raya Nora Danish Disamakan Alas Meja

Share

Pada hari raya lepas, Nora meraikan Aidilfitri dengan memegang status isteri sekali lagi apabila aktres itu dinikahkan dengan Nedim Nazri pada 30 Mac lalu.

Peminatnya nampaknya tidak menjadikan isu keluarga baru Nora sebagai topik malah lebih berminat dengan penampilan raya Nora.

Jika dahulu busana nikah Nora dikecam, kali ini episod sama berulang kembali buat pelakon kecil molek ini.

Nora sekali lagi dikritik netizen apabila baju rayanya pada tahun ini dikecam tidak sesuai dipakai di hari raya.

Seperti semua sedia maklum, kebiasaan pakaian raya untuk wanita Melayu adalah seperti baju kurung, kebarung dan kebaya, namun Nora cuba mengaplikasikan ciri-ciri moden dalam busana putihnya itu.

Namun ternyata tidak menepati citarasa sebahagian besar pengikutnya di laman Instagram miliknya , tetapi Nora dilihat tidak langsung membalas sebarang komentar sinis yang dilayangkan di ruangan komen instagramnya.

Pelakon kecil molek itu juga disakat netizen apabila baju raya dipakainya dikatakan gabungan ‘night gown’ dan alas meja.

Menerusi komen yang ditinggalkan, mereka menjadikan baju tersebut sebagai bahan gurauan sehingga ada yang mengatakan ia dibuat dengan alas meja gara-gara baju ditempah tidak sempat disiapkan.

Tidak kurang juga yang mengecam busana disarung Nora kerana menganggap ia terlalu seksi digayakan kerana kain yang dipakainya jarang dan menampakkan bentuk kaki dari lutut hingga ke buku lali.

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

Published by
Wani Arifin