Wah tak sangka MH pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih popular dengan nama, Che Ta bakal menjadi penyanyi tidak lama lagi.
Menurut satu sumber, Che Ta berkata bahawa dia serius untuk menceburi bidang nyanyian dan akan menyanyikan lagi hasil ciptaan penyanyi terkenal, Hazami.
“Dalam soal nyanyian ini, saya memang serius, apatah lagi Hazami juga beriya-iya mahu saya menyanyikan lagu ciptaannya.
“Sebelum ini, saya pernah didekati penggiat seni lain seperti Eddie Hamid dan Imran Ajmain yang menawarkan peluang serupa. Namun, mungkin ketika itu saya belum bersedia. Waktu itu pun, Imran mencari pelakon sebagai rakan duet dan bukannya penyanyi,” katanya kepada BH Online.
Che Ta berkata lagi mungkin genre lagu yang bersesuaian dengannya adalah seperti balada atau irama Malaysia. Pelakon cantik ini juga berkata dia bersedia untuk dikritik dalam percubaannya menjadi seorang penyanyi.
“Saya pun tak pernah terfikir nak jadi penyanyi selama ini. Jadi, mungkin lagu balada atau irama Malaysia sesuai dengan saya,” katanya.
Tambah Che Ta lagi, Hazami kini sedang menyiapkan lagu untuk Azharina dan kemudiannya Aishah.
“Mungkin giliran saya akan tiba selepas Hazami menyiapkan lagu untuk Aishah,” katanya lagi.
Tak sabarnya MH nak dengar Che Ta menyanyi. Apapun MH doakan segala urusan dipermudahkan.
Sumber: BH Online