Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kisah seorang ibu yang dikatakan telah tertukar bayi yang baru dilahirkannya dipercayai gara-gara kecuaian daripada pihak hospital.
Kisah tersebut nyata mendapat perhatian daripada ramai pihak termasuklah penyanyi, Siti Sarah.
Jelas Sarah, sebaik sahaja mengetahui mengenai berita tersebut, dia berasa amat terkejut lebih-lebih lagi bila memikirkan mengenai anak didalam kandungannya itu.
“Berdiri bulu roma Sarah, seriau ya Allah bila baca cerita ni. Lagi-lagi sekarang Sarah tengah sarat pregnant ni. Kalau dalam sinetron Indonesia ade cerita Puteri yang ditukar, ini betul-betul jadi tau, bukan sinetron atau cerekarama.
“Apalah rasanya kan mengandung sembilan bulan tiba-tiba dapat tahu baby tertukar. Nasib la mak ayah check tag kat kaki tu dulu, kalau tak sampai besar la tak tahu baby tertukar,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pelawak, Shuib Sepahtu itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, penyanyi lagu Semakin ini turut berharap agar kejadian seperti ini dapat dijadikan pengajaran dan tidak berlaku lagi pada masa hadapan kerana ia akan menyusahkan pelbagai pihak.
“Sarah yang baca cerita ni bukan setakat seriau, fobia pun ada. Dah pulak lepas tu dua ibu ni msing-msing sama sama sedih teringat baby yang dah jadi ank susuan.
“Sarah harap benda ni jadi pengajaran untuk semua, kecuaian macam ni tak patut terjadi. Melibatkan masa depan, melibatkan darah daging, melibatkan macam-macam. Sarah doa urusan kedua family ni dipermudahkan. Amin ya Allah,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut senada dengan Sarah selain turut berharap agar pihak berwajib dapat bertanggungjawab di atas insiden yang berlaku.
“Nasib jumpa juga anaknya. Alhamdulillah, kalau tak jumpa tak tahu macam mana.
“Saya pun seriau dan sedih baca kisah ni. Semoga urusan mereka dipermudahkan. Ameen.
“Alhamdulillah dapat balik anak masing-masing, semoga ini dijadikan pengajaran buat kita semua,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Siti Sarah