Sedang sarat mengandung anak kedua, pelakon Nadia Aqilah berkata dia kini ingin menghabiskan masa secukupnya dengan anak sulungnya, Senja Aqilah.
Nadia atau nama sebenar, Nadia Aqilah Bajuri, 38, berkata dia merupakan seorang ibu yang clingy dan ingin memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada Senja sebelum anak sulungnya itu bergelar seorang kakak.
“Lagi dua bulan saya dah nak bersalin, due date pada 27 Mac ini, bulan puasa.
“Sekarang ini pun saya dah start berehat daripada berlakon, tempoh bertenang buat saya sebab sebenarnya sekarang saya nak lebih spend time dengan Senja.
“Dia macam tahu, tak tahu akan dapat adik… budak-budak kan,” katanya kepada MH.
Nadia ditemui pada majlis malam gala tayangan filem terbaharu lakonannya, Eva yang diadakan di Dadi Cinema Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.
Berkongsikan lebih lanjut mengenai pengalaman hamil kali kedua, Nadia berkata sehingga kini dia masih mengalami ‘morning sickness’, sama seperti ketika mengandungkan anak sulung.
“Saya ‘morning sickness’ setiap hari, muntah-muntah sahaja. Sama macam ketika anak pertama dulu, jadi saya dah reda dah.
“Anak kedua akan lahir pada bulan puasa, banyak juga kawan-kawan bergurau kata nanti nama anak saya mesti Ramadan atau Puasa hahaha… tapi tidak ya,” katanya berseloroh.
Sekadar info, Nadia berkahwin dengan Saiful Ridzuan pada April 2018. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Senja Aqilah yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI