Bakal Bersalin Secara Czer Esok, Datin Rabecca Nur Al Islam Ikhlas Hati Mohon Doa

Share

Pelakon Datin Rabecca Nur Al Islam memaklumkan dirinya dijadualkan bakal melahirkan cahaya ketujuhnya pada Jumaat ini.

Menurut Rabecca, dia dimasukkan ke hospital sejak awal pagi dan proses kelahiran akan berlangsung secara pembedahan.

“Pada Jumaat pagi, saya akan dimasukkan ke hospital InsyaAllah. Saya akan melahirkan bayi lelaki.

“Doakan saya semoga dipermudahkan. Saya akan bersalin secara pembedahan dan bukan normal. Lots of love,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan oleh pelakon drama Awak Suka Saya Tak? itu menerusi sepotong video di laman Instagram.

Lantaran itu, Rabecca turut memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan semoga segala urusannya saat melahirkan nanti dipermudahkan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa teruja selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Rebecca.

“Semoga selamat melahirkan baby boy dan semoga kedua-duanya sihat. InsyaAllah amin.

“Supermommy. Semoga dipermudahkan.

“Selamat melahirkan cahaya mata lelaki. Semoga semuanya lancar dan mambawa kebahagiaan.

“Sarat tapi masih cantik jelita. Tiada bengkak-bengkak muka Datin,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, bekas finalis Dewi Remaja sezaman Scha Alyahya ini berkahwin dengan suami, Datuk Norazam Sulaiman.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata termasuk dua anak tiri iaitu Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Alif Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan, dan Nor Aurora Riana.

Dua permata hari lain ialah Nor Arif Qayyum dan Nor Khayrin Sofiya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
Aizam Manaf