Akhirnya ketenangan yang dicari pelakon Puteri Sarah Liyana sudah pun ditemui apabila kemelut rumah tangganya bakal berakhir pada 18 April ini.

Menerusi prosiding kedua Jawatankuasa Pendamai (JKP), Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof bersetuju untuk mengakhiri perkahwinan mereka berlandaskan beberapa terma yang telah dipersetujui menerusi perbincangan bersama mereka pada malam Ahad.

“Sebelum ini banyak benda tak terjawab dan sekarang ini sudah terjawab.

“Saya hanya inginkan ketenangan dan itu yang saya dapat, Alhamdulillah.

“Berkat bulan Ramadan dan solat tahajud, segalanya dipermudahkan hari ini,” katanya kepada MH.

Ads

Mengulas mengenai sambutan hari raya yang bakal disambut tidak lama lagi, Sarah berkata dia tidak menghalang Syamsul daripada berjumpa anak-anak.

“Sambutan raya saya akan lebih tenang, kami tak mahu bermusuh dan berdendam, itu sahaja.

“Tiada apa yang nak bermusuhan dan bergaduh. Semua sudah selesai.

Bakal Diceraikan Menjelang Syawal, Sambutan Raya Puteri Sarah Akan Lebih Tenang; “Kami Tak Mahu Bermusuh & Berdendam.”

Ads

“Yang penting dia (Syamsul) dapat jumpa anak,” kata Sarah lagi.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.

Ads

Kemelut rumah tangga pasangan ini dilaporkan sudah berlarutan sejak empat tahun lalu.

Aktres itu kemudiannya memfailkan penceraian pada 16 Januari lalu.

Terdahulu, Syamsul mendedahkan telah berkahwin buat kali kedua dengan Ira Kazar pada 6 Januari lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI