Ibu kepada pelakon Zahirah Macwilson, Maslinda Yusof, 46, turut berkongsi rasa teruja apabila bakal timang cucu sulung tidak lama lagi.
Terdahulu, Zahirah dan suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza ada berkongsi khabar gembira apabila bakal bergelar ibu dan bapa selepas Zahirah mendedahkan dia kini hamil enam bulan.
Perkara tersebut dimaklumkan mereka di laman Instagram masing-masing menerusi satu foto imbasan kehamilan pada Selasa.
“Our 1st grandchild. Oma & Atok can’t wait to meet you little one,” tulis Maslinda sambil disusuli dengan rasa syukur.
Zahirah dan Aiman sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 20 Februari lalu.
Sementara Maslinda sebelum ini pernah berkahwin dengan bapa Zahirah, Zainol Macwilson dan akhirnya bercerai pada 9 November 2015.
Bintang cantik itu merupakan anak sulung daripada empat beradik.
Foto: Instagram Maslinda Yusuf