“Bakal Mak Mertua Tak Marah Ke?,”-Soal Netizen Bila Nadia Brian Kongsi Pakai Baju Tidur

Share

Pelakon Nadia Brian ada berkongsi foto di Instagramnya baru-baru ini yang mengundang perhatian ramai pihak.

Foto tersebut melihatkan pelakon dan model ini mengenakan pakaian dari sebuah jenama pakaian tidur wanita.

Bagaimanapun, foto tersebut dihujani komen pelbagai, terutamanya dalam menyentuh cara pemakaian pelakon drama Cinta Tanpa Henti itu.

Malah, ada yang turut mempersoalkan apakah reaksi tunangnya, Muizz Nasruddin sekiranya melihat bakal isterinya berpenampilan sedemikian.

Terdahulu, Nadia atau nama penuhnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi mengikat tali pertunangan pada 4 Mei lalu.

Difahamkan, mereka akan melangsungkan perkahwinan pada awal tahun depan.

Foto : IG Nadia Brian

Published by
MH