Baru-baru ini, keluarga besar pelakon, Abby Abadi telah pun mengadakan sebuah majlis bagi meraikan hari lahir anak gadisnya, Marissa Diana yang ke-15 tahun.
Majlis serba ringkas namun meriah itu turut dihadiri keluarga terdekat termasuklah bapa, Norman Hakim dan Memey Suhaiza.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kehadiran seorang remaja lelaki yang dilihat ada bersama sepanjang majlis tersebut berlansung.
Malah, pelakon drama, Gerak Khas itu turut memuat naik beberapa foto remaja tersebut bersama Marissa di platform Instagram.
Tindakan itu nyata menimbulkan tanda tanya dikalangan warga net yang ingin mengetahui siapakah gerangan remaja lelaki tersebut.
Dalam pada itu, rakan yang juga merupakan seorang pelakon, Salina Saibi turut dilihat sempat mengusik Abby mengenai perkara tersebut.
“Bf ke bff tu?,” usiknya.
Melihat komen tersebut, ini respon balas Abby sendiri;
“Kawan sama sedarjah la,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut sama mengusik selain turut mendoakan yang baik-baik sahaja buat Abby dan Marissa.
Sumber: Instagram Abby Abadi