Uncategorized

Bakal Nikah Pelakon Indonesia, Engku Emran Terus Membisu

Share

Semalam heboh di internet tentang bekas suami pelakon Erra Fazira, Engku Emran bakal menamatkan zaman dudanya pada pertengahan bulan hadapan bersama seorang artis wanita daripada negara jiran, Laudya Cynthia Bella.

Emran nampaknya enggan mengulas soal perkahwinan yang mula menjadi bualan orang ramai ketika ini.

“Saya tiada apa nak cakap,” katanya kepada sebuah portal.

Portal itu juga menyatakan bahawa Emran hanya berlalu pergi dengan wajah selamba setelah dia enggan mengulas lanjut tentang hal ini.

Sementara MH Online juga telah beberapa kali cuba untuk mendapatkan penjelasan dari Emran namun tidak mendapat sebarang respons darinya.

Terdahulu terdapat sumber yang mengatakan mereka berdua akan bernikah dalam sebuah majlis tertutup yang akan diadakan di ibu negara.

Perkenalan antara Emran dan Bella ini terjalin apabila pasangan selebriti Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri sekitar bulan Mac yang lalu.

Awalnya gosip cinta mereka ini mula dihidu oleh orang ramai setelah Bella memuatnaik gambar di akaun Instagramnya dengan kapsyen yang tertulis nama seseorang yag bermula dengan abjad E.

Oleh sebab itu ramai yang cuba meneka siapakah gerangan yang mempunyai nama dengan huruf E tersebut.

Pada bulan Syawal lalu, Emran juga dilihat telah membawa Bella berhari raya ke rumah penyanyi legend Amy Search. Nampaknya seperti hubungan ini lebih dari teman biasa.

Kalau benar perkhabaran tentang perkahwinan mereka ini, kami mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar.

Published by
Izzati Ramli