Kes penceraian melibatkan selebriti pastinya menjadi bualan hangat ramai pihak.
Terkini, kisah cerai melibatkan vokalis kumpulan Bunkface, Sam dan Vokalis OAG, Radhi menjadi tumpuan lalu peminat memberikan pelbagai reaksi.
Dalam pada itu, bakal pengantin, penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz ada mendapat nasihat daripada ramai pihak termasuk keluarganya bagi menjalani kehidupan harmoni dalam rumah tangga.
Meski jodoh adalah rahsiaNya, namun sebagai manusia dia cuba memberikan yang terbaik sesama pasangan.
Bakal mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos depan, Ippo atau nama penuhnya Muhammad Hafiz Yaziz berkata, dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami kepada Fara Roslan.
“Sebagai seorang ketua keluarga, saya kena berani berdepan dengan apa juga cabaran di alam perkahwinan kelak.
Ads
“Kita tak boleh mind set cakap tak nak kahwin sebab kes macam ni (bercerai), jadi tak kemana lah kita, sampai bila-bila kita jadi bujang terlajank atau andartu (anak dara tua),” kata Ippo kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Saat Bahagia itu juga ada meminta nasihat daripada rakan selebriti yang berpengalaman.
Ads
“Saya ada juga tanya dengan artis-artis senior untuk dapatkan tips mengenai kebahagian rumah tangga dan tugas sebenar sebagai seorang suami.
“Alhamdulillah, mereka semua bagi sokongan dan tak kekok bagi tips pada saya.
“Sebenarnya saya pun masih dalam zon mempelajari, jadi tak salah kalau saya tanya mereka walaupun umur saya dah masuk 3 series,” seloroh Ippo yang kini sudah mencecah 30 tahun.
Ads
Tambahnya lagi, perkahwinan merupakan satu perkara yang perlu dipercepatkan.
“Ramai juga yang beri nasihat kepada saya untuk percepatkan perkahwinan sebab ia adalah salah satu perkara yang perlu disegerakan dalam Islam,” tambah Ippo yang turut mempunyai seorang anak angkat, Amanda.
Terdahulu, Ippo bersama keluarganya ada bertandang ke rumah Fara di Setia Alam, Selangor untuk majlis merisik pada 12 Mac lalu.
Ramai peminat yang memuji penampilan baru anak pasangan kembar lelaki pelakon senior, Datin Seri Zizie Izzete, yang telah potong pendek rambut kerinting cecah baru mereka, baru-baru ini.
Malah, beberapa keping foto sebelum dan selepas kedua-dua anaknya itu turut dikongsikan menerusi Instagram.
”I know, many of u wouldn’t agree with me but hey, hair will grow back right?
”Rambut diaorg dah pun pendek as I post these pictures.
”Will show it to u guys soon. Stay tuned!,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Lalu, foto terkini anaknya turut dimuat naik, sekaligus menerima ribuan komen termasuk rakan selebriti yang memuji mereka yang kelihatan kacak, persis kanak-kanak Korea!
Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia tiga tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia 11 bulan.
Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 4, dan Aaric Zayn Izette, dua tahun.
Foto: Instagram Zizie Izette
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Model, Kendall Jenner berkongsi foto dia menerima surat cinta daripada ‘secret admirer’ pada Isnin di laman Instagramnya.
“Kendall, kita mungkin berbatu jauhnya namun rasa sayang saya pada kamu sentiasa bertambah tiap saat. Kesemua cinta saya adalah pada kamu.
“Saya akan terus mencintai kamu hinggalah maut memisahkan kita. Perpisahan sementara kita ini sangatlah menyeksakan tapi jauh di sudut hati saya tahu bahawa tiada apa pun yang dapat memisahkan kita.
“Kita bersatu dari segi hati dan jiwa selamanya dan saya ingin kamu tahu yang auh di sudut hati saya, saya sangat menyayangi awak,” tulis surat itu.
Susulan itu, netizen menjadi detektif segera dan membuat spekulasi bahawa empunya tulisan tangan ini adalah milik penyanyi dan pelakon,Harry Styles.
Netizen juga sempat membandingkan tulisan tangan antara milik Harry dengan tulisan di surat tersebut sebagai bukti.
Susulan itu, melihatkan spekulasi yang semakin berleluasa itu, Kendal segera memberikan penjelasan sebenar mengenai siapakah yang menghantar surat itu kepadanya.
“Cubaan yang baik, peminat rahsia saya adalah @mertalas & Macpiggot,” tulisnya
Untuk pengetahuan, Mert Alas dan Marcus Pigott adalah dua fotografer fesyen yang sering membuat fotoshoot untuk majalah berprofil tinggi seperti Vouge.
Foto/Instagram: Kendall Jenner
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyatuan dua jiwa di antara Putera Raja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen dan Dayang Anisha Rosnah Adam membuka tirai perkahwinan Diraja yang dinantikan ramai tahun ini.
Majlis acara perkahwinan di antara kedua-dua mempelai ini yang dijangka berlangsung selama sepuluh hari telah bermula semalam menerusi Majlis Istiadat Bersuruh Diraja.
Sebelum itu, majlis khatam Al-Quran Dayang Anisha Rosnah telah diadakan pada tanggal 3 Januari yang lalu dalam suasana penuh privasi dan turut disaksikan oleh Putera Mateen.
Apa yang menarik perhatian adalah pilihan rekaan busana yang merupakan hasil kreatif pereka fesyen Malaysia, Teh Firdaus.
Dayang Anisha tampil manis dalam busana kurung moden yang direka menggunakan songket Brunei dalam rona putih dengan motif bunga penuh.
Menjadikan rekaan tersebut lebih indah, bahagian hujung baju dan lengan diserikan dengan sulaman manik dan diamante bermotif flora lantas menyerlahkan kemewahan.
Teh Firdaus dalam satu hantaran di Instagram mengucapkan rasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripada perkahwinan Diraja Brunei itu.
“Rasa bertuah dapat memainkan peranan dalam perkahwinan Diraja Brunei. Dapat menyaksikan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam Isa-Kalebic dalam persalinan baju kurung tenunan Brunei semasa acara Khatam Quran beliau,” kongsinya.
Untuk pengetahuan pembaca Media Hiburan, Teh Firdaus merupakan antara fereka fesyen muda Malaysia yang kini sedang meningkat naik namanya. Idea rekaan dalam sentuhan penuh mewah serta kemas menjadi antara ‘senjata’ pereka ini dalam penghasilan busana.
Imbas kembali, Teh Firdaus merupakan graduan dalam bidang rekaan fesyen dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak.
Kredit foto: Instagram Teh Firdaus/Muash Portfolio
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!