Penyanyi Indonesia, Rizky Febian berkata dia beruntung mendapat sokongan daripada kekasih, penyanyi Mahalini Raharja sekali gus menjadi inspirasi dalamnya berkarya.

Menurut Rizky atau nama sebenar, Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 24, dia menyifatkan hubungan mereka sesuatu yang positif apabila kedua-duanya saling menyokong kerjaya masing-masing.

“Kami saling menyokong karier masing-masing, macam contoh untuk konsert saya malam ini, kebetulan dia free, dia datang beri sokongan.

“Apa yang membuatkan saya lebih terharu dan teruja apabila ini merupakan konsert pertama ayah dan ahli keluarga saya yang lain berkelapangan menonton sejak saya aktif dalam bidang seni tujuh tahun lalu,” kata Rizky kepada MH.

Rizky ditemui pada majlis sidang media Konsert Rizky Febian Live In Kuala Lumpur di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur pada Khamis.

Bakal Perform Malam Ini Dengan 16 Lagu, Rizky Febian Tersentuh Mahalini & Bapa Turun Beri Sokongan

Ads

Bakal menyanyikan 16 buah lagu dalam konsert malam ini, Rizky berjanji akan memberikan persembahan terbaik selain ada kejutan akan diberikan buat peminat setianya.

“Saya sebenarnya terkejut bila dapat tahu tiket konsert ini habis terjual dalam tempoh sejam.

“Saya tak sabar nak hiburkan peminat di sini.  Saya hanya mahu enjoy sepanjang persembahan nanti,” katanya.

Ads

Konsert Rizky Febian Live In KL akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, jam 8.30 malam ini.

Rizky cukup popular menerusi lagu Kesempurnaan Cinta dan Hingga Tua Bersama.

Sekadar info, Rizky merupakan anak kepada pelawak terkenal Indonesia, Sule.

Ads

 

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI