Pelakon Julia Ziegler berkongsi berita gembira bersama peminatnya menerusi akaun Instagram, beberapa hari lalu.
Julia atau nama penuhnya Julia Bob Fauzi Ziegler memaklumkan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua dan difahamkan, usia kandungannya kini mencecah usia tujuh bulan.
Di samping itu, pelakon berusia 35 tahun ini turut berkongsi foto imbasan ‘ultrasound’ kehamilannya bersama peminat.
“Hello #JJbaby2 #30weekspregnant #lovestoryjuliajohan #ivanagonnabeabigsister,” tulisnya pada entri terkait.
Serentak dengan itu, rata-rata rakan selebriti serta peminat menitipkan ucapan tahniah kepada Julia.
Untuk rekod, Julia mendirikan rumah tangga bersama seorang jurutera mekanikal, Johan pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivana Johan, setahun.
Foto: Instagram Julia Ziegler