
Peserta The Hardest Singing Show (THSS), Datin Alyah mengumumkan penarikan dirinya daripada terus bersaing di dalam program realiti, The Hardest Singing Show (THSS).
Keputusan tersebut dibuat penyanyi lagu Meluruh itu kerana bakal berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan haji pada 12 Jun depan.
“Saya memohon untuk semua peminat mendoakan saya seterusnya mendapat Haji yang mabrur, insyaAllah.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada seluruh tenaga kerja The Hardest Singing Show dan semua yang terlibat.
“Saya terpaksa mengundurkan diri daripada meneruskan pertandingan ini dan Saya mendoakan agar para peserta buat dengan sehabis baik,” katanya.
Pengumuman tersebut dibuat secara langsung, malam tadi.
Menerusi minggu kedua bertemakan ‘Revolu-Sihat’, Alyah sepatutnya menyanyikan lagu I Am The Best yang dipopularkan oleh kumpulan kPop, 2NE1.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Masih Lagi Memegang Status Sebagai Suami,” – Aman Ra

Penyanyi rap terkenal, Aman Ra mengakui dia masih lagi bergelar suami orang.
Bagaimanapun, bintang berusia 33 tahun itu enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai sama ada dia dan isteri masih tinggal sebumbung atau sebaliknya.
Aman Ra berkata, dia memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi, biarlah ia untuk dirinya sahaja dan selesa untuk tidak diperkatakan di mana-mana.
“Saya masih lagi memegang status sebagai suami. Namun saya lebih selesa sekiranya hal peribadi disimpan untuk diri sendiri dan segala hal berkaitan kerjaya saya akan kongsi secara terbuka.
“Bagi saya cara itu lebih mudah untuk saya sebagai insan atau erti kata lain saya tak mahu komen,” katanya jujur.
Aman Ra atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin, turut menambah, dia terpaksa akur sekiranya hal berkaitan rumah tangga menjadi spekulasi ramai meski l ia bukan keluar dari mulutnya sendiri.
“Saya tak boleh nak buat apa-apa. Ia di luar kawalan saya. Namun, kalau ia menggugat sebagai insan, saya akan terasa.
“Cuma apa yang boleh saya katakan, saya ingin kehidupan peribadi kekal menjadi sesuatu yang privasi,” jelasnya lagi.
Terdahulu teka-teki status penyanyi rap ini terjawab apabila dia mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga.
Penyanyi lagu Bangun itu sebelum ini jarang mendedahkan kisah peribadi termasuklah mengenai anak-anaknya untuk perhatian umum.
Hasil perkongsian hidup, Aman dan isteri yang dikenali Atikah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa dan Tuah Khalifa.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Sedih Tengok Anak-Anak Kak Nurul Menangis,”- Mulianya Hati Datin Paduka Eina Azman Bawa Bayi Sakit Kulit Jumpa Pakar, Janji Hulur Bantuan Setiap Bulan

Pelakon dan usahawan, Datin Paduka Eina Azman meluahkan rasa syukur kerana dapat membantu adik Mohammad dan Lela Safiya yang tular di media sosial sebelum ini kerana mengalami sakit kulit yang teruk.
Menurut Eina, dia dan suami telah membawa keluarga tersebut berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Subang Jaya.
Perkhabaran tersebut telah dikongsikan oleh Eina menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya
“Salam guys, alhamdullilah harini eina n husband berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga kak nurul @yun88 . Di atas permintaan ramai yang minta eina share tentang keluarga kak nurul? sebentar tadi Eina bawa Kak Nurul dan suami and dua orang anak nya berjumpa dengan doctor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang Jaya.
View this post on InstagramA post shared by Eina Azman (@eina_azman) on
“Doctor cakap Mohammad dan kakak nya Lela Safiya boleh pulih tapi memakan sedikit masa. Kak nurul juga mempunyai masalah Ekzema dan eina akan minta doctor utk rawat dia juga,” tulisnya.
Tambah Eina lagi, dia sedia menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga Kak Nurul sehingga anaknya itu sembuh.
Pelakon itu turut berharap agar orang diluar sana dapat juga menghulurkan bantuan untuk meringankan beban keluarga tersebut.
“Insyallah di beri rezeki yang lebih eina n suami akan menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga kak nurul sehingga pulih insyallah?? Eina terdetik nak tolong keluarga kak nurul sbb eina fikir eina pun ada anak kecil @aubreykarl . Kalau aubreykarl sakit sikit pun eina dah rasa down n sedih? apatah lagi kak nurul?? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ??
“Sedih sgt eina hubby tgk anak2 kak nurul tadi menangis sebab tahan sakit ??? Orang ramai semua yang nak bantu meringankan beban keluarga kak nurul ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun maybank 162085464155 Nurul Ain Abdullah,” katanya lagi.
Terdahulu, Nurul sekeluarga telah tular di media sosial selepas kedua anaknya disahkan menghidap penyakit kulit yang kronik. Malah, tambah menyayat hati apabila suaminya itu hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM850 sebulan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Pun Malu Nak Mengaku Juara,” – Lawak Tiru Suara Selalu Diperlekeh, Danial Zaini Nak Berhenti Jadi Pelawak?

Pelawak dan penyampai radio, Danial Zaini mengakui dirinya pernah terdetik untuk berhenti daripada meneruskan kerjayanya di dalam dunia komedi gara-gara kurang diberikan peluang dan perhatian.
Jelas Danial, segalanya masih lagi segar di fikiran apabila ada yang beranggapan kerjaya lawaknya tidak mampu untuk pergi jauh seperti pelawak-pelawak yang lain.
“Sebelum ini saya merasakan dunia lawak ni dah habis bagi saya. Kerana itu bermulanya saya buat lagu sebab saya rasa tiada tempat lagi untuk saya melawak.
“Saya masih ingat lagi kata-kata orang yang mengatakan lawak tiru suara saya ni tak boleh pergi mana-mana pun. Meski masa saya beraksi di pentas besar pun, ada juga yang berkatakan sebegitu,” katanya kepada MH.
Penyampai radio Era itu berkata sedemikian sewaktu ditemui pada sidang media malam final Muzikal Lawak Super musim ke-2 baru-baru ini.
Danial turut menambah, pada mulanya dia berasa agak berat hati untuk menyertai MLS pada kali ini kerana merasakan dirinya sudah tidak layak lagu untuk beraksi di mana-mana pentas.
“Saya masih ingat lagi masa Maharaja Lawak Mega 2017, saya dah kata itu pentas terakhir saya dalam dunia komedi. Saya dah tak nak masuk mana-mana pentas. Malah, saya pun tak buat lawak ‘stand up’ dekat mana-mana dah.
“Bila tahun lepas saya masuk MLS musim pertama dan saya tersinggir, saya okay lagi sebab buat untuk kawan-kawan. Tapi tahun ni agak berat sikit nak masuk sebab saya macam dah takda hati.
“Kemudian, Abang Ezad dan Azmi pujuk saya untuk masuk. Minggu demi minggu saya cuba dan minggu ketiga mereka minta saya buat lawak tiru suara semula. Saya bersetuju dan Alhamdulillah juri pun boleh terima termasuklah orang lain juga.
“Yang dulunya mereka kata saya ni tidak akan ke mana dan karier lawak saya tak boleh pergi jauh tapi alhamdulillah hari ini rezeki Allah,” katanya lagi.
Ditanya mengenai reaksinya yang dilihat terduduk saat Heart diumumkan sebagai juara MLS musim ke-2, Danial menjelaskan dia sebolehnya mahu menutup kariernya sebagai seorang pelawak dengan kejayaan ini.
“Ketika itu, apa yang terlintas di fikiran saya adalah saya memang nak tinggalkan dunia komedi ni. Saya belum terfikir kalau saya ditawarkan untuk masuk Maharaja Lawak Mega tahun ini.
“Apa yang boleh saya katakan sekarang, mungkin ini pentas terakhir saya untuk melawak. Saya nak tutup dengan kemenangan ini. Saya nak bina karier saya dalam hosting, menyanyi dan berlakon.
“Bila saya tutup dengan kejayaan ini, bermakna orang masih boleh terima saya melawak. Dari tahun 2016 hingga 2020, sangat sukar untuk saya menapak dalam industri komedi.
“Saya masih bertahan pun sebab saya jadi penyampai radio, berlakon dan menyanyi tapi komedi tidak. Saya hanya jadi juara Lawak Solo 2016 je. Itu je gelaran yang saya ada. Saya pun malu nak mengaku saya juara.
“Tapi bermula hari ini saya bangga saya jadi juara Lawak Solo. Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah beri kepada saya serta sokongan keluarga. Terima kasih juga kepada Astro yang juga rumah kedua saya,” akhirinya.
Terdahulu, kumpulan Heart yang dianggotai oleh Danial, Azmi Saat dan Ezad Lazim dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah utama RM150,000 beserta trofi.
Pada malam tersebut, Danial turut telah diangkat sebagai ‘Superstar Of The Season’ pada pertandingan kali ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI