Berita

Bakal Tunai Haji, Datin Alyah Umum Undur Diri Bertanding Di The Hardest Singing Show

Share

Peserta The Hardest Singing Show (THSS), Datin Alyah mengumumkan penarikan dirinya daripada terus bersaing di dalam program realiti, The Hardest Singing Show (THSS).

Keputusan tersebut dibuat penyanyi lagu Meluruh itu kerana bakal berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan haji pada 12 Jun depan.

“Saya memohon untuk semua peminat mendoakan saya seterusnya mendapat Haji yang mabrur, insyaAllah.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada seluruh tenaga kerja The Hardest Singing Show dan semua yang terlibat.

“Saya terpaksa mengundurkan diri daripada meneruskan pertandingan ini dan Saya mendoakan agar para peserta buat dengan sehabis baik,” katanya.

Pengumuman tersebut dibuat secara langsung, malam tadi.

Menerusi minggu kedua bertemakan ‘Revolu-Sihat’, Alyah sepatutnya menyanyikan lagu I Am The Best yang dipopularkan oleh kumpulan kPop, 2NE1.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN