“Bakat, Disiplin & Dedikasinya Terhadap Dunia Seni Terlalu Tinggi,” – Abu Bakar Omar Dalam Kenangan, Rakan Artis Titip Penghormatan & Doa

Share

Pada tanggal 16 April bersamaan dengan 4 Ramadan, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon veteran, Abu Bakar Omar pada usia 73 tahun.

Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh anak allahyarham, Mohd Zainuddin Abu Bakar menerusi sebuah hantaran di laman Facebook miliknya.

“Dikemuliaan pagi Jumaat 4 Ramdhan 1442H bersamaan 16 April 2021 jam 9.04 pagi,
dengan sedih keluarga memaklumkan bahawa Ayahanda Kami Tuan Haji Abu Bakar Omar telah dijemput kembali ke Rahmatullah,” tulisnya.

Memetik laporan Mstar, Zainuddin memaklumkan bapanya itu tidak mempunyai sebarang penyakit kronik namun menyifatkan arwahyarham ada mengadu kepenatan beberap hari lalu.

“Bapa saya sudah kembali ke rahmatullah pada 9.04 pagi tadi di Kedah Medical Center. Dia tidak mempunyai sebarang penyakit. Dua hari lalu, dia mengadu macam penat sikit tapi masih okay.

“Malam tadi masa pergi ke hospital pun boleh bersembang lagi. Tapi masa jalani pemeriksaan doktor malam tadi, doktor nampak macam ada masalah jantung,” katanya seperti yang dipetik.

Katanya lagi, jenazah akan dikebumikan selewat-lewatnya selepas solat Asar Alor Setar, Kedah.

“Jenazah akan diuruskan di No 7 Jalan Bukit Nyamuk Mukim Kurung Hitam Kuala Nerang.
Solat Jenazah dijangka selepas solat Jumaat.

“Jenazah akan disemadikan dan disolatkan sekali lagi Masjid Al Ghufran di Tanah Perkuburan Islam, Akar Peluru, Jalan Pegawai Alor Setar Kedah selepas Solat Asar InsyaAllah.

“Mohon doakan Ayahanda kami diampuni segala khilafnya…ditempatkan bersama para Solihin.

“Bagi pihak keluarga kami memohon maaf atas segala salah silap Almarhum Ayahanda kami sepanjang hayat beliau bersama masyarakat warga nusa ini..

“Sekiranya ada hutang piutang ayahanda…mohon sudi berhubung dengan saya di talian 016 2210340.

“Diberkati rahmat Allah selalu duhai Ayahanda. Kami akan sentiasa merinduimu. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali,” katanya lagi.

Pemergian arwah nyata mengejutkan ramai pihak termasuklah para penggiat seni yang lain

Menerusi entri terkini di laman Instagram, pelakon, Azhan Rani turut terkesan diatas pemergian Allahyarham Abu Bakar kerana dikhabarkan mereka baru sahaja bergandingan untuk sebuah telefilem yang berjudul Khilaf Terakhir pada tahu lalu.

Dalam pada itu, Adibah Noor turut meluahkan rasa sedih selain turut menyifatkan arwah merupakan seorang pelakon yang baik dan mereka pernah bergandingan untuk sebuah pementasan teater dia Istana Budaya satu ketika dahulu.

Sumber: Mstar, Instgram Azhan Rani & Twitter Adibah Noor

Published by
Aizam Manaf