
Suami kepada penyanyi, Siti Sarah, Shuib memuat naik beberapa foto kandid dirinya yang selesai menemani isteri tercinta melakukan ‘check-up’ bayi keempat mereka.
Sambil menzahirkan rasa syukur, Shuib pada masa sama turut teruja berkongsi perkembangan kehamilan isterinya itu kepada peminat menerusi Instagram.
“Alhamdulillah, antara perasaan yg indah, hati yg berbunga2 adalah balik dr check up baby, td baby belanja isap jari.
“Ya Allah comel sgt. Semoga menjadi anak soleh dan sihat selalu. Amin,” tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti turut mengucapkan ucapan tahniah Shuib selain mendoakan yang baik-baik buat mereka sekeluarga.
Malah ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat respon balas Shuib.
Sekadar informasi, Sarah dan suaminya yang juga pelawak dan ahli perniagaan itu pada 26 Februari 2011.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan selebriti ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 tahun.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Fakta Tentang Benny Blanco, Kekasih Baharu Selena Gomez

Selena Gomez akhirnya menoktahkan teka teki ramai tentang hubungan cintanya dengan Benny Blanco apabila memuat naik gambar mesra mereka bersama di akaun Instagramnya.
Selena sebelum ini mencipta fenomena apabila kisah cintanya bersama Justin Bieber kekal disebut sehingga kini biarpun masing-masing sudah mebawa haluan berbeza.
Jadi siapakah gerangan Benny Blanco yang berjaya mencuri hati pelakon dan penyanyi terkenal ini? Jom kita lihat 10 fakta mengenainya:-
- Dilahirkan pada 8 March 1988, kini dia berusia 36 tahun.
- Berdarah Yahudi, Benny merupakan penduduk asal Nothern Virginia, Amerika Syarikat.
- Benny Blanco merupakan seorang penerbit muzik, DJ, penulis lirik dan juga eksekutif rakaman.
- Menunjukkan minat terhadap muzik sejak kecil lagi. Benny terpilih sebagai perantis untuk DJ terkenal Disco D ketika zaman remajanya dan dibawa untuk bertemu dengan syarikat rakaman.
- Dia pernah memenangi Anugerah Penulis Lagu Terbaik BMI sebanyak lima kali dan memenangi Anugerah Penerbit Terbaik iHeartRadio pada tahun 2017.
- Pada tahun 2008, Benny terlibat dalam penghasilan lagu Circus yang dinyanyikan oleh Britney Spears. Mencipta fenomena, lagu tersebut dijual sebanyak 5.4 juta dalam bentuk salinan digital.
- Benny pernah bekerja sama dengan bekas kekasih Selena, Justin Bieber bagi menerbitkan lagu Lonely. Lagu tersebut mencapai kedudukan pertama dalam carta muzik Canadian Hot 100.
- Sebelum bercinta dengan Selena Gomez pada 2023, mereka adalah rakan sekerja. Dia menyumbang idea pada beberapa lagu hit Selena, seperti Single Soon, Kill ‘Em with Kindness dan Same Old Love.
- Menurut the Songwriters Hall of Fame, Benny adalah pensyarah jemputan di Jabatan Muzik Rakaman Clive Davis Universiti New York pada 2012 dan 2013.
- Pada 2014, Benny mengasaskan dua label muzik di bawah Interscope, Mad Love Records dan Friends Keep Secrets.
Semoga kasih sayang Benny memberi titik noktah kepada kisah cinta Selena dan berakhir di jenjang pelamin!
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kerana Organ Ini Menjadi Saksi Pada Hari Kiamat,”- Disapa Dato Dr Fatma El Zahra, Azrinaz Mazhar Hakim Kongsi Pengalaman

Siapa tidak teruja apabila bertemu penceramah wanita tersohor Dato Dr Fatma El Zahra.
Menurut Azrinaz Mazhar Hakim, Fatma terlebih dahulu akan menyapa dirinya setiap kali bertemu.
Menggunakan peluang yang ada untuk menambah ilmu, ulas bekas personaliti televisyen ini, dia mendalami erti bersyukur dan bahagia bersama individu berkenaan.
“Dato Dr Fatma El Zahra. I have so much respect for her and will never miss her tazkirah.
“And for a person that so prominent like her and much older, she always recognizes me and will be the first to say hi everytime we met but of course I will make a point to go after her first with no hesitance.
“Today learning ✍? from Ustazah Fatma #tazkirah: –
• Kalau bersyukur, jangan salah guna ? ? ??& ?Kerana organ ini semua menjadi saksi pada hari kiamat
“Few things to make you happy:
• Mix with people with good deeds/akhlak (Habluminannnas)
• Never get angry because kemarahan itu dari Syaitan ?
• Good muslim never care anything which is not related to him
• If you do something bad, be repentant quickly and Istighfar ?sebelum hati tutup
• One way to be in Jannah, love your husband for the sake of Allah
“The most important thing you need to focus is ‘What You Have To Bring Back To Your Grave?’.”
View this post on InstagramA post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on
Perkongsian yang cukup bermakna, penulisan wanita jelita ini dilihat meninggalkan kesan yang mendalam di hati.
Bukan sahaja Azrinaz, namun netizen turut sama berkongsi pengalaman apabila Fatma menyapa mereka ketika di sebuah majlis.
Setiap hari, serikanlah hati dengan pembacaan rohani agar kita tidak terus hanyut dengan dunia yang sementara.
Foto – Instagram Azrinaz Mazhar Hakim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menitis Air Mata Liyana Jasmay Kenang Arwah Kedua Orang Tua – “Saya Dapat Berita Bapa Hidap Kanser Ketika ‘Shooting’…”

Pelakon Liyana Jasmay sebak apabila mengenangkan kali ini dia tidak dapat berkongsi detik terindah bersama ibu tercinta, Allahyarham Datin Habsah Simpon sempena pelancaran filem terbaharu lakonannya, Baik Punya Ah Long, pada Selasa.
Liyana yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem itu berkata, selama ini Allahyarham ibu sering menemani dan menjadi tulang belakangnya dalam dunia seni.
“Selalunya setiap kali tayangan perdana filem lakonan saya mesti arwah ibu akan setia menemani. Tapi hari ini (semalam) dia tiada dengan saya lagi.
“Malah ketika saya menjalani penggambaran filem ini empat tahun lalu, arwah mak masih ada, tapi waktu itu pula kami dapat tahu arwah ayah menghidap kanser paru-paru.
“Jadi waktu itu agak mencabar kerana filem ini bergenre komedi dan kena setiasa dalam mood gembira.
“Kemudian saya dapat berita bapa disahkan hidap kanser ketika sedang menjalani penggambaran untuk filem ini.
“Namun arwah ibu dan ayah sangat teruja apabila dapat tahu saya kembali bekerjasama dengan Datuk Afdlin Shauki selepas agak lama tidak terbabit dalam filem.
“Saya sangat sedih kerana dua insan penting dalam hidup saya ini sudah tiada, kini hanya ditemani oleh adik-beradik saya saja. Ketika hayatnya, arwah adalah peminat nombor satu saya,” katanya.
Menurut Liyana, kehilangan insan paling disayangi sememangnya memberi kesan yang begitu mendalam dalam dirinya sehingga ke hari ini.
“Bukan filem ini saja saya sedih apabila mereka sudah tiada, tetapi sekarang ini apa saja kejayaan yang saya capai untuk syarikat atau diri semuanya terasa kosong kerana tiada lagi sokongan mereka.
“Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana ramai yang bercakap mengenai arwah ibu saya. Ke mana saja saya pergi, mesti ada saja yang memperkatakan hal yang baik-baik mengenainya,” katanya lagi.
Selain Liyana, filem Baik Punya Ah Long yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 12 September ini turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Johan, Zizan Razak, Adlin Aman Ramlie, Chew Kin Wah dan Allahyarham Adibah Noor.
Filem yang juga diarahkan oleh Datuk Afdlin Shauki ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 12 September ini.
Untuk rekod, Allahyarham Habsah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser limfoma tahap empat pada 12 Mei tahun lalu.
Sebelum itu, pada Disember 2021, bapanya, Datuk Jasmay Md Shah meninggal dunia akibat kanser paru-paru selepas bertarung dengan penyakit itu selama setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI