Setelah memutuskan untuk bersama suaminya yang ketika ini sedang menjalani khidmat ketenteraan di Australia, pengacara, Dayah Bakar dilihat sering berkongsi aktiviti-aktiviti hariannya di media sosial.
Terbaru, Dayah ada memuat naik sebuah video yang memaparkan kemeriahan suasana di bazar Ramadan di bandar Canberra, Australia.
Jelas Dayah, dia berasa sangat seronok apabila berkesempatan untuk sama-sama membantu komuniti Melayu yang berniaga di bazar tersebut.
“Bazaar Ramadhan di Canberra. Memang rasa seronok bila dapat tolong meniaga sama-sama dengan family Dayah dekat sini.
“Teringat dulu meniaga dekat Bazaar, jual lauk pauk mak masak. Balik je kelas , terus berdesup pergi meniaga Pasar Ramadhan TTDI,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan bekas pengacara Borak Kopitiam itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Ibu kepada seorang anak ini turut menambah, momen itu membuatkan dirinya mengenang saat dia dan keluarga berniaga di Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail, Damansara satu ketika dahulu.
Dalam pada itu, Dayah berasa sangat teruja apabila berpeluang untuk bertukar juadah bersama para peniaga di bazar tersebut.
“Dekat sini, macam- macam jenis kuih dan lauk ada. Ada one thing Dayah nak share.
“Bila dah nak habis menjual, kami sama-sama exchange foods untuk bawa balik berbuka. Kongsi rezeki, so beautiful,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan turut teruja melihat suasana tersebut selain turut mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Dayah dan juga keluarganya.
Sekadar info, Dayah dan suaminya, Kapten Muhammad Hanif telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Jun 2018,
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang lahir pada 17 Ogos tahun lalu.