Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam tetap menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri meski sibuk dengan komitmen lainnya.

Kongsi Rebecca menerusi Instagram, dia tetap akan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu dengan memasak buat keluarganya tercinta.

“Sesibuk mana pun Kita, balik balik kerja Pasti ke Dapur Khas Utk orang tersayang.

“Happy Dinner Everyone ….#mrsazam #cookingwithlove #dinnertime #25112019,” tulisnya.

Ads

Dalam pada itu, peminat turut memuji sikap komited wanita ini yang komited terhadap suami dan anak-anak.

Ads

“Balik Kerja Pasti Ke Dapur,”- Meski Sibuk, Datin Rebecca Tetap Cari Masa Masak Buat Suami

Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.

Ads

Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nor Adam Daniel 11 tahun, Nor Anggun Raverra, 7 tahun,Nor Anggerik Renesmee, 6 tahun, Nor Aliff Al-Raffael, 3 tahun dan Nor Ahmet Al-Reaggan, setahun.

Rabecca juga turut menjaga beberapa orang anak angkat.

Foto: Instagram Rebecca

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI