Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tidak dapat menahan sebak selepas akhirnya berpeluang berjumpa dengan ahli keluarganya setelah tamat tempoh kuarantin selama 14 hari.
Inisiatif tersebut terpaksa dilakukan oleh Datuk Fazley sebaik sahaja pulang daripada Singapura selepas tamat menjalani pengambaran sebuah program bagi memastikan ahli keluarganya terhindar daripada wabak COVID-19
Menurut Datuk Fazley, 30 hari tanpa anak-anak dan isteri ternyata amat menyiksakan jiwanya.
“I’m finally home! 30 hari tanpa anak-anak, isteri serta keluarga adalah satu penyiksaan jiwa.
“Terpisah kerana kerja dan #selfquarantine adalah sesuatu yang tak pernah saya jangkakan,” tulisnya.
Video menyayat hati itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Bila April di laman Instagram miliknya.
Tambahnya lagi, dia sendiri tidak menyangka air matanya akan mengalir saat melihat ahli keluarganya itu.
“Saya rasa saya kuat, tapi apabila balik melihat anak-anak, isteri dan ibu, kaki saya longlai, hati saya luluh, air mata saya mengalir tanpa henti.
“Rindu yang teramat sangat.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak menonton video tersebut.
Sebelum ini, Datuk Fazley ada berkongsi sebuah video dimana dia hanya dapat melihat anak-anaknya daripada luar rumah sebaik pulang daripada Singapura.
Sumber: Instagram Fazley Yaakob