Pelakon, Zalif Sidek mengakui rezekinya kini semakin bertambah apabila banyak menerima tawaran-tawaran kerja selepas mendirikan rumah tangga.
Menurut Zalif, meskipun pada mulanya dia berasa agak risau apabila duit simpanannya dikatakan telah habis digunakan untuk perbelanjaan perkahwinan, namun dia tetap bersyukur dengan segala perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Sejujurnya saya dapat rasakan rezeki saya semakin bertambah-tambah selepas berkahwin. Pada mulanya Awesome TV tawarkan saya berlakon telemovie sahaja.
“Lepas sahaja habis telemovie itu, datang lagi rezeki lain. Ditambah pula saya sudah berkahwin. Alhamdulillah Allah susun rezeki kita itu sebaiknya dan kita tak terfikir pun.
“Terus terang saya katakan, selepas mengadakan majlis perkahwinan, duit simpanan saya pun habis. Segala simpanan yang saya ada selama ini, saya dah gunakan sebab saya ingin majlis tersebut berjalan lancar.
“Bila dah balik rumah, baru saya terfikir, macam mana nak cari duit. Duit dah takda ni. Kemudian datang tawaran daripada Awesome TV. Daripada telemovie sampailah ke game show. Beberapa stesen tv lain pun panggil,” katanya kepada MH.
Pelakon filem, Papa I Love You itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pratonton program television Awesome TV serta kolaborasi bersama syarikat korporat, Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB).
Ads
Katanya lagi, kehidupannya juga sewaktu fasa pandemik ini juga agak terkesan lebih-lebih lagi selepas kehilangan bapa tercinta pada tahun lalu
“Sepanjang pandemik ini, kehidupan saya memang agak terkesan. Ditambah pula selepas pemergian bapa saya. Tawaran kerja pun kurang. Tetapi berkat kesabaran dan ikhlas dalam segala hal, Allah bukakan jalan.
“Saya ini anak sulung. Saya tak mahu bebankan adik-beradik saya yang lain. Kalau mak tak cukup duit, biar saya dahulukan. Tak perlu bebankan adik- beradik.
“Mungkin berkat doa daripada ibu dan isteri saya, susunan Allah itu sangat luar biasa. Macam magic saya rasa,” kongsinya lagi.
Ads
Ketika ditanya mengenai perbezaan kehidupan serta persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadan selepas berumah tangga, Zalif memaklumkan tanggungjawabnya kini sudah semakin bertambah
“Selepas ini, saya dah tak perlu nak bersahur di luar. Dia pun nak pergi terawih sama-sama dengan saya. Dalam hati ni terdetik, Ya Allah ada juga orang nak teman aku pergi solat terawih.
“Persiapan untuk hari raya juga dah berbeza. Dulu kita pilih baju sendiri je. Mak pula saya hanya bagi duit dan dia uruskan sendiri.
Ads
“Dulu kita fikir diri kita je. Sekarang ini, setiap hari saya akan bertanya jika ada apa masalah. Nak masak apa pun saya tanya. Saya ingin mencontohi sifat arwah ayah saya. Apa ayah buat itu juga saya buat.
“Kami pun tak rancang fasal kehidupan selepas berkahwin ni. Ditakdirkan dia akan mengandung nanti, tanggungjawab saya akan lebih besar,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Zalif bakal bergandingan bersama figura rock tanah air, Datuk Awie menerusi drama terbaru yang berjudul Sudin Sudah Kaya.
Sudin Sudah Kaya bakal bersiaran di slot ‘Dramedi’ pada setiap hari Khamis hingga Ahad jam 9 malam di platform Awesome TV disaluran Astro 123 dan MyTV 112.
Sekadar informasi, Zalif telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Anis Marzuki, pada 26 Februari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan bekas peserta program Mentor musim kelima, Iqanasra berkongsi kisahnya yang kehilangan kerusi roda, sewaktu mahu mencium Hajarul Aswad baru-baru ini.
Iqa yang kini difahamkan mengalami masalah tulang belakang sejak beberapa tahun lalu sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah.
Perkongsian yang dibuat Iqa menerusi Instagram itu bagaimanapun mengakui dirinya sedang diuji dan apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
“Share sikit, dalam gembira dapat cium Hajarul Aswad, saya diuji. Wheel chair saya kena curi. Walaupun sudah dikunci dengan mangga. Sedih, tapi fikir balik rezeki orang lain kot.
“Mungkin Allah nak suruh saya banyak berjalan kat sini. Sebab hotel saya agak jauh sikit. Saya cepat letih dan kaki pun tal berapa nak tahan. Tapi saya fikir, mungkin Allah nak bagi pahala lebih kat saya. Suruh lagi saya gandakan pahala jalan kaki ke masjid,” tulis Iqa
Bagaimanapun, bekas protoge kepada Edry Abdul Halim ini juga memberitahu akhirnya dia berjaya juga selesaikan tiga kali tawaf dan saei.
“Alhamdulillah, selesai juga tiga kali tawaf dan saie tanpa kerusi roda. Tah tahu nak cakap semangat dia bila kat sini lain macam. Kuat semacam.
“Satu hari ulang alik hotel dua tiga kali pun tak apa. Seronok. Doa dan zikir banyak-banyak insyaAllah semuanya mudah,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Iqanasra
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2010/11, Izara Aishah mengharapkan selamat maju jaya buat lima finalis yang berjaya ke peringkat akhir Dewi Remaja 2018/19.
Pemenang pencarian bakat di kalangan gadis remaja yang begitu sinonim dengan industri seni itu bakal diketahui malam ini.
“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya, buat yang terbaik buat semia finalis. Apa pun, kalian sudah pun menjadi pemenang.
“Pada masa sama, sekarang bukan lagi soal untuk menjadi pemenang, sebaliknya kalian perlu fokus terhadap apa sahaja yang dilakukan khasnya selepas pertandingan berakhir,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, finalis Pelakon Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2018 ini turut memberitahu, ketika ini kelima-lima mereka yang sudah berjaya mara ke peringkat akhir sudah pun bergelar bintang.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
“Apabila terpilih sebagai finalis Dewi Remaja, sudah ramai yang kian mengenali dan proses bergelar bintang itu sudah bermula. Bagaimanapun saya harap selepas pertandingan, kalian kekalkan keperibadian yang baik, merendah diri.
“Tak mudah lupa diri dan kenang kembali kegigihan kalian saat menyertai pertandingan ini,” kongsinya.
Ditanya mengenai siapakah pilihannya malam ini, Izara tidak mahu membuat pilihan.
“Bagi saya sesiapa sahaja di antara kelimanya sudah pun layak. Kena tunggu persembahan mereka malam nanti,” akhiri Izara.
Program Pencarian Dewi Remaja 2018/19 Final bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Ria HD, pada jam 10.30 malam.
Lima peserta yang layak ke peringkat akhur seterusnya merebuy gelaran sebagai Dewi Remaja Terbaru ialah Hannesya Hanee, Tia Sarah, Tunku Rania, Anna Jobling dan Sherina Miri.
Dewi Remaja terdahulu disandang adik kepada Uqasha dan Nelydia, Raysha Rizrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!