Suami Mawar Rashid, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob merakamkan rasa syukur apabila segala urusan menunaikan umrah buat kali keenam dipermudahkan.
Malah, bapa kepada tiga cahaya mata ini turut memasang niat untuk mengerkakan haji selepas ini.
Perkara itu disampaikan Raf menerusi salah satu entri di Instagram miliknya, baru-baru ini. Selain itu, pelakon dan usahawan ini juga turut berkongsi kisah mengenai doanya di tanah suci.
“Alhamdulillah, selesai sudah semua amalan dan urusan di Makkah. Alhamdulillah ini kali ke-6 Raf menunaikan Umrah. Insyaa’Allah kali ke-7 atau ke-9 ke Makkah, Raf nak tunaikan Haji pulak.
“Kalau kalian semua ada kesempatan, cuba lah datang ke Makkah untuk menunaikan Umrah dan Haji bagi yang mampu. Berdoa dan minta lah segala hajat di dada.
“Sebelum ni, kali terakhir Raf buat Umrah pada December 2016. Time tu Raf berdoa sangat nak jodoh yang baik. Jodoh yang boleh membahagiakan Raf. Jodoh yang sayang anak2 Raf (@radenrayyanraf & @raysaachanelaraf) dan boleh terima mereka berdua seadanya.
“Raf balik je Umrah, January 2017 jumpa dengan bakal isteri @mawarashid. Tahun yang sama November 9, kami pun bernikah. Sekarang dah ada @radenrafaelraf, syukur Alhamdulillah.
“Sejujurnya, Raf anggap Mawar seperti anugerah yang Allah Swt beri kepada Raf. Banyak yang kami berdua sama2 belajar dan saling melengkapi antara satu sama lain,” tulisnya.
Pada masa sama, Raf turut memberi pandangan mengenai keharmonian di dalam rumah tangga.
“Tiada istilah, “Aku suami, isteri kena dengar cakap suami selalu”. Ye betul, apa yang isteri nak buat kena sentiasa mendapat izin dan redha suami kerana suami adalah Syurga buat isteri.
“Tetapi suami juga harus menjadi pemimpin yang adil, penyabar dan tak bole marah2. Nak jadi ketua keluarga dan pemimpin yang hebat, suami dulu kena tunjukkan contoh yang baik pada isteri, lepas tu baru isteri dengar cakap.
“Suami tak perlu cakap dengan mulut, dengan perbuatan saja isteri dah boleh menilai dan ikut. Bak kata Mawar waktu kami mula2 kenal, “your surrounding is your reflection”. SETUJU TAK?,” jelasnya panjang lebar.
Terdahulu, Raf mengerjakan umrah bersama isterinya Mawar Rashid dan turut membawa cahaya mata mereka, Raden Muhammad Rafael.
Foto: Instagram Raf Yaakob
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI