Pelakon Balkisyh Semundur Khan yang kini hamil anak ketiga menerusi perkahwinan keduanya bersama suami, Mohd Nazri Zakaria mengakui mengalami alahan teruk pada trimester pertama, namun kini beransur pulih.

Menurut Balkisyh, usia kandungannya kini sudah memasuki bulan ketujuh dan dijangka bersalin Februari depan.

“Saya memang mempunyai asma, jadi bila tiba-tiba rasa kurang sihat, saya ke klinik untuk buat pemeriksaan.

“Jadi bila doktor sudah beritahu status kesihatan apa semua… waktu nak balik tu doktor ucap tahniah, kandungan sudah cecah sebulan. Macam-macam perasaan yang timbul sejurus dapat tahu. Alhamdulillah, doakan moga semua dipermudahkan,” katanya.

Balkisyh menambah, suami paling teruja apabila mengetahui dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

“Selepas bernikah kami jalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri jarak jauh. Dia bertugas di Johor sementara saya pula di Kuala Lumpur.

Ads

“Suami yang paling gembira. Begitu juga dengan ahli keluarganya sebab bakal sambut cucu pertama.

“Apa pun saya bersyukur kerana ahli keluarganya turut menerima saya seadanya meski saya sudah mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu.

“Malah mertua pun layan kami dengan baik. Itulah  namanya rezeki Allah nak bagi, alhamdulillah,” katanya.

Ads

Ibu kepada dua cahaya mata ini ditemui di majlis ‘Meet & Greet’ pelakon Putra Amaris bersama Anak Yatim, Tahfiz dan pesakit kanser yang dibawakan oleh Safelyte di Wangsa Walk Mall pada Rabu.

Dalam pada itu, pelakon siri Lockdown ini juga menyatakan kerinduan pada suami semakin bertambah sepanjang tempoh kehamilan.

Balkisyh Semundur Khan Hamil 7 Bulan, Tahniah! Balkisyh Semundur Khan Hamil 7 Bulan, Tahniah! Balkisyh Semundur Khan Hamil 7 Bulan, Tahniah!

Ads

“Kalau boleh mahu dia sentiasa ada dengan saya. Rindu bau dia dan sekarang makin suka tatap wajahnya. Setiap bulan suami akan pulang jengok kami dan selebihnya kerap lakukan panggilan video.

“Kerjayanya sebagai petugas barisan hadapan memerlukan dia untuk beri komitmen yang penuh.

“Syukur, dia berjaya imbangkan soal kerja dan keluarga. Suami menjalankan tanggungjawab sebagai keluarga dengan baik,” katanya lagi.

Untuk rekod, pasangan sebaya berusia 34 tahun itu berkahwin pada 26 Disember 2020 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Balkisyh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qalesya dan Muhamad Nor Qaisyh Khan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI