Categories: Berita

“Bangga Bisnes Orang Melayu Maju Macam Ni,” – 2 Tahun Sukses Kaut Jualan RM21.5 Juta, Respek Dengan Khairul Aming

Share

Kisah kejayaan itu dikongsikan Khairul Aming menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Hari ni genap dua tahun kita menjual Sambal Nyet Berapi and I am pleased to share with you guys yang total jualan kita telah mencecah sebanyak RM21.5 juta. Which is bersamaan dengan jualan sebanyak 1.5 juta botol sambal.

“Kita juga ada terima dua anugerah istimewa daripada Shopee. Yang pertama adalah Best New Seller dan yang kedua adalah Best Customer Service,” kata Khairul Aming.

Susulan kejayaannya itu, Khairul Aming kini telah berjaya membuka kilang kedua yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.

Rata-rata netizen melahirkan perasaan teruja malah mengatakan Khairul Aming sememangnya seorang anak muda yang mampu memberikan inspirasi buat semua.

“Weh sumpah bangga bisnes orang Melayu kita maju macam ini.

“Real usahawan.  Ni baru jelas perniagaan dia.  Layaklah nak bagi talk pasal bisnes.  Tahniah.

“Tahniah Khairul Aming, very inspiring.

“Tahniah @khairulaming dan team. Satu inspirasi untuk semua yang nak bermula dari bawah dalam perniagaan. Tiada jalan singkat, tetapi mesti ada semangat ilmu, komunasi dan wawasan yang tinggi. Saya tumpang bangga,” komen sebahagian netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar