Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syarin menyatakan rasa teruja apabila berkesempatan untuk meluangkan masa bertemu dengan lagenda MotoGP, Valentino Rossi baru-baru ini
Menurut Hafizh, dia sememangnya berasa amat bertuah kerana dapat berkongsi litar bersama idolanya itu sepanjang menyertai saingan MotoGP satu ketika dahulu.
Ketika pertemuan tersebut, Rossi difahamkan telah menurunkan tanda tangannya pada koleksi-koleksi helmet yang dimilik oleh Hafidz.
“Grazie @valeyellow46 for sign my collection. #LivingLegend #VR46
“My dream come true and proud of myself can share the track with you, moment i will remember,” tulisnya.
Rasa teruja itu dikongsikan oleh pelumba NTS RW Racing GP itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, segala momen-momennya bersama juara dunia tujuh kali itu akan tetap bersemadi di dalam hidupnya sampai bila-bila.
Menerusi entri yang sama, Hafizh turut dilihat berkongsi sebuah foto yang dirakam bersama Rossi sewaktu dia masih lagi kecil.
Dikesempatan itu juga, Hafizh turut menitipkan ucapan tahniah buat Rossi yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
“Congratulations soon to be Daddy and i wish u the best in new life,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja selain turut berharap agar Hafizh juga dapat mengikut jejak langkah Rossi satu hari nanti.
“Gambar mahal ni.
“Wah, rasa bangga pun ada! Anak Malaysia satu track dengan Rossi.
“Boleh kayuh lagi sampai jadi legend macam dia Hafizh.
“Rezeki dunia Alhamdulillah.
“Kenangan terbaik dalam hidup buat Hafizh Syarin,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Rossi telah pun mengumumkan persaraanya daripada MotoGP pada hujung musim 2021 selepas hampir 26 tahun mencipta nama didalam sukan permotoran tersebut.
Sekadar informasi, Hafizh pernah beraksi dalam kelas MotoGP pada musim 2018 dan 2019 sebelum beralih semula ke saingan Moto2.
Sumber: Instagram Hafizh Syarin