Pelakon, Amelia Henderson bakal mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah tinggi yang mengarahkan dirinya membayar ganti rugi sebanyak lebih RM200,000 selepas tewas dalam keputusan kes saman pelanggaran kontrak perjanjian membabitkan syarikat produksi, A Aida Production Sdn Bhd.
Bagaimanapun, Amelia tetap akur dengan keputusan pihak mahkamah.
“Saya tak boleh berkata banyak. Saya pun akan buat rayuan juga. Jadi, kes ini masih berturusan dan kita nantikan keputusannya.
“Saya hormati keputusan mahkamah,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Amelia tetap merasakan dirinya memperoleh kemenangan kerana semua orang yang disayanginya ada disisinya disaat dia memerlukan.
“Saya hadir ke mahkamah hari ini tanpa sebarang ekpektasi. Saya bangga dengan diri saya sendiri sebab saya percaya saya buat perkara yang benar.
Ads
“Pada masa sama, perasaan ini juga yang memberikan saya kekuatan untuk membuat rayuan. Hari ini, secara peribadi, saya sangat gembira kerana ketika saat saya memerlukan kekuatan, semua orang yang saya sayang ada untuk saya.
“Saya tetap rasa menang. Ingin saya betulkan di sini, saya tak pernah berniat nak melawan sesiapa sebaliknya, keputusan yang saya buat ini adalah untuk menegakkan pendirian saya. Itu sahaja,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Amelia tetap menyifatkan dirinya mempunyai pengalaman yang baik sepanjang bekerja bersama A Aida selama ini.
Ads
“Pengalaman saya bekerja dengan Datuk A Aida memang sangat seronok. Tiada satu puh perkataan negatif untuk menggambarkan dirinya.
“Saya harap semua orang faham kes ini adalah berkaitan perbezaan pendapat. Itu sahaja,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya mengenai kenyataan A Aida yang tidak mahu lagi bekerja dengan dirinya, Amelia akur dengan keputusan penerbit tersebut
Ads
“Kalau itu perasaan Datuk A Aida, saya terima. Kalau jumpa di luar saya tetap akan okay sahaja. Saya menghormati semua orang di dalam industri ini lebih-lebih lagi bila saya pernah bekerja dengan individu tersebut,” akhirinya.
Sepanjang perbicaraan bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plaintif termasuk A Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia memberi keterangan.
Ketika perbicaraan berlangsung, pengurus produksi A Aida Production dilaporkan memberitahu mahkamah, syarikat itu terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dibuat Amelia.
Amelia dan dan seorang lagi pelakon, Idris Khan berdepan tindakan saman daripada A Aida selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani.
A Aida bersama pengarah drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Rizal Baharuddin dilaporkan sepakat membawa perkara itu ke muka pengadilan.
Bagaimanapun, saman antara A Aida dan Idris berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk dibicarakan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Mira Filzah, 29, yang selamat melahirkan cahaya mata lelaki seminggu lalu mendedahkan wajah putera sulungnya itu buat tatapan peminat.
Menerusi Instagram, Bintang Paling Popular diAnugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu turut berkongsi nama permata hati iaitu, Wan Khair Amir.
Apa yang menarik, Mira turut berkongsi akaun Instagram Wan Khair Amir dan hasil tinjauan, ia sudah pun mempunyai lebih 30,000 pengikut.
Sementara itu menerusi posting sama, Mira turut mendedahkan ‘Khair’ bermakna baik dan elok sementara ‘Amir’ pula memberi maksud ‘orang yang memegang perintah dan pemimpin’.
“Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami, Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
“‘Khair’ membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).
“‘Amir’ pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Terdahulu pada Januari lalu, Wan Emir mengesahkan isterinya berbadan dua selepas berbulan menyimpan rahsia.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan turut diraikan dalam empat majlis berasingan.
Wan Emir turut memuat naik posting sama yang sekali gus mendapat pelbagai titipan tahniah serta doa yang baik-baik dari rakan artis dan peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Keluhan rasa diselangi alunan syahdu Mohon Kasih oleh Datuk S.M Salim di laman Instagram sekali lagi menimbulkan spekulasi kepada gosip yang bertebaran berkait dengan rumahtangga Sharnaaz Ahmad.
Berkongsi madah emosi, ‘bulan yang sama, tahun yang lain, rasa yang jauh berbeza’ beserta ikon kelopak mawar yang gugur seolah-olah menggambarkan keadaan hatinya.
Seolah memberi bayangan apa yang berlaku, ‘bulan yang sama’ kerana 31 Mac adalah tarikh pasangan ini diijabkabulkan sebagai suami isteri.
Malah, luahan bahawa dugaan yang amat berat ditimpakan ke atasnya menguatkan lagi spekulasi.
“Dua tiga minggu ni teringat Arwah mama norain dan tok ba.
“Kalau depa ada harini, depa pasti peluk aku dan kata “Rascal, satu dunia tak sayang cek, takpa aih, mama dgn tok ba syg hang aih”. Al fatihah tok ba dan mama norain.”
Apa-apa pun MH doakan kebahagiaan pasangan ini dan semoga keluarga ini sentiasa dalam rahmat Allah.
Foto – Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat hos dan usahawan, Noor Neelofa yang telah pun selamat bersalin bayi lelaki pada 29 Januari lalu, kira-kira jam 3.44 petang.
Neelofa dan suami, Haris Ismail atau PU Riz sepakat menamakan anak mereka, Muhammad Bilal Muhammad Haris.
“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” kata Haris menerusi satu kenyataan.
Sementara itu, pasangan selebriti berkenaan memohon maaf kerana tidak boleh berkongsi sebarang foto anak lelaki mereka buat masa sekarang.
Untuk rekod, Neelofa dan Harris yang juga pendakwah bebas terkenal mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!