Penyanyi, Yunalis Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna ada memuat naik beberapa keping foto menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang yang terkenal lagu Dan Sebenarnya ini berkongsi berita gembira dan menzahirkan rasa teruja apabila foto yang merakamkan gambarnya dilihat ‘terpampang megah’ di papan tanda bandar New York.
Difahamkan, penyanyi berusia 33 tahun ini telah menyertai sambutan bulan ‘Asian American & Pacific Islander Heritage’ yang dianjurkan oleh aplikasi penstriman muzik, Spotify di sana.
“Look mom! I’m all over NY!! Celebrating Asian American & Pacific Islander Heritage month with @spotify- thanks Spotify for always having me a part of this special month ima proud asian aunty yas!
Ads
“Wish I was there to witness it myself I always miss my NYC billboard momentsStay safe everyone! Also dropping Stay Where You Are on the 15th,” tulisnya.
Melihat ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat meluahkan rasa bangga dengan kejayaan bintang tanahair ini yang dilihat kian sukses di cipta nama di negara orang.
Ads
MH mengucapkan tahniah juga buat Yuna dan semoga terus sukses dalam karier seni nyanyian anda!
Foto: Instagram Yuna
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa syukur atas nikmatNya atas perkahwinan yang dibina pada Februari 2018 bersama Fizi Ali kekal bahagia hingga kini.
Malah, kehidupan mereka lebih lengkap dengan kehadiran cahaya mata pertama Mac tahun lalu.
Kongsinya lagi, terdahulu dia dan suami telah mengharungi pebagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan bergelar suami isteri.
“Tak sangka kita lepas every stage yang Allah bagi dekat kita. Susah , susah , susah, senang susah balik senang sampai sekarang. ( Bukan main banyak susah dari senang, bayangkan ! )
“But WE DID IT sayang. Start kenal you 2013 sampai ke 2017 tu banyak lah racun tertelan tapi nasib baik selamat. Ramai yang nak menjatuhkan tapi kita tetap kuat.
“Ada juga sepanjang berkawan kita buat SALAH dan SILAP tapi tu semua perkara yang mematangkan kita sebagai manusia.
“Hari ni 2 tahun kita kawin. Semuanya yang Allah bagi indah.
“Melimpah2 Allah bagi sampai ada orang baru dalam hidup kita berdua,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shakilla menyifatkan bahawa suaminya merupakan insan terindah dalam hidupnya.
“Orang yang paling terindah. Rasa sedih , happy bercampur macam rojak dah perasaan tu.
“Rasa tak layak dapat perjalanan indah macam ni. Allah tak pernah salah aturan.
“Ini yang terbaik untuk kita. Semoga kita terus susah & senang sampai you beruban dan berkedut.
“I akan tetap jaga you ibarat menatang minyak yang penuh. Happy Anniversary Daddy Ameena Sofea. Syg u berdua sampai mati,” akhirnya.
Kalau nak pikat suami, pikatlah perutnya dahulu. Itu antara kata-kata orang lama yang sering diberikan buat kebanyakan mereka yang baru sahaja berkahwin.
Situasi tersebut bagai kena dengan pengantin baru, pelakon Nadiyah Shahab yang baru sahaja dua minggu bergelar isteri.
Khabarnya, dia kini memang rajin ke dapur dan memasak untuk suami tercinta, pelakon Ben Ali.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Nadiyah, pastinya akan menyaksikan rutin harian Nadiyah yang sering memasak dan berkongsi video resepinya itu di Instagram Storiesnya.
Menggunakan #naddynibbles, pelakon berdarah kacukan itu juga gemar memasak western food (makanan barat) dan hidangan pencuci mulut seperti pastry, roti dan kek.
Untuk rekod, pasangan ini telah selamat mengadakan majlis persandingan yang cukup meriah pada 18 November lalu di Damansara Perdana.
Difahamkan, mereka merancang mahu berbulan madu di Itali dan Eropah. Bagaimanapun, mereka terlebih dahulu bercadang untuk menunaikan umrah pada bulan Disember ini.
Video : Instagram Stories Nadiyah Shahab
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Eyra Hazali yang sedang hamil anak kedua mendedahkan dia terpaksa meletakkan syarat untuk setiap tawaran yang hadir demi memastikan fasa kehamilan berjalan dengan baik.
Meski menghargai setiap sokongan yang diterima, Eyra,23, atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali bagaimanapun bukan mahu menolak rezeki, tetapi ini adalah pengorbanan yang perlu dilakukan sebagai ibu hamil.
“Tawaran memang ada malah saya juga baru sahaja habis penggambaran di Terengganu untuk drama RTM. Sebenarnya tawaran ini saya terima sejak tahun lepas lagi, jadi memang perlu habiskan juga.
“Dalam keadaan mengandungkan anak kedua ini memang saya akui agak lemah sedikit pada fasa awal. Mujur dapat habiskan juga penggambaran,bukan mudah memandangkan terpaksa menguruskan semua sendiri tanpa suami ketika itu.
“Sebab itu saya bersyukur keluarga sangat memahami keadaan sekarang,” katanya yang merancang mengambil cuti panjang selama setahun sejurus bersalin anak kedua.
Eyra menjelaskan, selain mahu memastikan dia benar-benar sedia untuk kembali ke bidang lakonan, waktu tersebut juga akan dimanfaatkan dengan belajar ilmu perniagaan, khasnya menerusi bisnes minyak wangi yang diusahakan sejak dua tahun lalu.
Mengulas lanjut mengenainya, dia bertuah kerana diberikan kepercayaan pihak Nori Malaysia Sdn Bhd. untuk muncul dengan wangian pilihanya sendiri.
“Bila mereka memilih saya untuk menjalinkan kerjasama, ketika itu apa yang muncul dalam fikiran adalah langkah awal untuk bergelar seorang usahawan. Dengan usia muda ini saya tidak mahu ini dijadikan alasan untuk tidak berani mencuba.
“Tetapi siapa sangka selepas dua tahun, apa yang cukup membanggakan ketiga-tiga produk wangian di bawah jenama Eyra Hazali mendapat sambutan cukup baik. Buat masa ini saya sudah kenalkan empat wangian berbeza dengan tiga darinya menggunakan nama tiga kota terkenal. Bermula dengan wangian London, Barcelona, Qasdina dan Paris,” katanya.
Isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli ini pada masa optimis selain mahu terus timba ilmu dalam soal menambat hati lebih ramai pembeli selepas ini.
“Selain memastikan produk ini berkualiti untuk mendapatkan kepercayaan pengguna. Apa yangdititikberatkan saya juga bagaimana wangian di bawah jenama Eyra Hazali Beauty ini juga berbeza dengan produk wangian di luar sana.
“Bila perbincangan dilakukan dengan pihak Nori Malaysia mereka setuju jika tumpuan produk ini juga turut diberikan perhatian terhadap pembungkusan. Tidak sekadar botol yang berkualiti, saya juga munculdengan idea untuk memastikan bahagian atas minyak wangi ini tiada penutup.
“Sebab sebagai salah seorang pengguna tegar wangian kita tahu kehilangan penutup botol minyak wangi memang selalu berlaku. Siapa sangka idea itu menyebabkan wangian saya diterima baik sehingga kini,” katanya lagi.
Wangian di bawah jenama Eyra Hazali Beauty itu sudah berada di rangkaian pasaraya Aeon di seluruh negara antaranya MidValley, Maluri Bukit Tinggi, Cheras Selatan, Nilai dan banyak lagi selain di outlet terpilih serta di aplikasi membeli belah.
Lebih mengujakan, rangkaian wagian berkenaan turut berada di 28 rangkaian Watson sejak awal tahun ini.
Pasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel akui teruja apabila berpeluang untuk mengadakan program berbuka puasa dan beramah mesra bersama pihak media yang berlangsung di St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur, baru-baru ini.