Pelakon Datin Niena Baharun memilih untuk tidak mendedahkan jantina anak keduanya yang bakal lahir tidak lama lagi.

Sebaliknya, dia lebih gemar untuk memaklumkan perkara itu selepas semuanya selamat.

“Persiapan untuk sambut kelahiran anak kedua sudah dilakukan, cuma belum sepenuhnya lagi memandangkan kelengkapan anak sulung pun masih lagi baik.

View this post on Instagram

🤍

A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on

“Mengenai jantina anak pula, biarlah bila semuanya selamat baru kami akan umumkan.

“Bagaimanapun saya dan suami tidak kisah soal jantina anak, memadai bayi yang bakal lahir nanti sihat dan sempurna.

“Cuma kalau ikutkan saya, saya inginkan anak perempuan, barulah lengkap sepasang,” katanya.

Ads

Niena yang mulai mencuri perhatian setelah muncul menerusi drama Dia Anak Jeneral dan Jangan Benci Cintaku ini turut memaklumkan, proses bersalin anak keduanya itu akan dilakukan secara pembedahan caesarean.

“Kelahiran anak pertama menerusi pembedahan dan begitu juga dengan yang kedua ini. InsyaAllah saya akan bersalin di Kuala Lumpur,” jelas Niena.

Ditanya apa reaksi anak pertama, Adiel Mikael yang kini mencecah 1 tahun 9 bulan apabila mendapat tahu dirinya bakal mempunyai adik, Niena menjelaskan anak pertamanya itu kian manja.

“Saya boleh nampak dia semakin manja dengan saya. Malah setiap pagi bangkit dari tidur, dia akan cium perut saya,” akuinya.

Ads

Bercakap mengenai kerjaya seni, Niena mengakui ada menerima tawaran lakonan, namun dia terpaksa menolak atas beberapa kekangan.

“Lebih dua tahun saya tidak menerima mana-mana tawaran lakonan. Awal tahun ini, saya ada berniat untuk kembali aktif, bagaimanapun tiba-tiba dapat tahu hamil anak kedua.

Ads

“Jadi niat tersebut terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.

“Lagi pula, saya pernah terima tawaran lakonan di luar kawasan, jadi tidak berani nak berikan komitmen sepenuhnya.

“Biarpun suami tidak menghalang saya untuk berlakon, tetapi saya pula yang tidak sampai hati untuk tinggalkan anak di rumah lama-lama.

“Malah jadual kerja juga tidak menentu membuatkan saya tunggu masa sesuai untuk kembali ke set penggambaran. Tidaklah tidak mahu berlakon terus, itu minat saya,” kata Niena.

View this post on Instagram

Cuti cuti Malaysia 🇲🇾

A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on

Untuk rekod, Niena Baharun mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim berkahwin pada 1 Februari 2018 di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kota Bahru, Kelantan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI