Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee telah membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 dan sebuah trofi malam tadi mengakui dia ada cara tersendiri untuk terus positif bila bercakap mengenai fikizal.
Memiliki figura tinggi lampai dan berkulit hitam manis, Haneesya pada masa sama memang aktif dalam memberi kesedaran kepada netizen yang seakan pesimis dengan individu yang dikatakan tidak cantik apabila berkulit gelap.
Bagaimanapun, gadis berusia 18 tahun itu tetap tenang berhadapan situasi sedemikian, bahkan mempunyai cara sendiri untuk terus yakin dan positif.
“Bangun pagi saya akan dengar muzik dan lagu-lagu seperti Rihanna dan tatap gambar-gambar penyanyi antarabangsa itu,”kata Hanee kepada MH.
Menjadikan Rihanna sebagai idola, Hanee juga menganggap penyanyi lagu Umberella itu seorang yang berkeyakinan tinggi.
“Kalau dia boleh buat dengan tona warna yang sama macam saya (hitam manis),kenapa tidak bukan?
“Malah, Rihanna juga seorang yang berkeyakinan dengan diri dia sendiri. Apapun, saya memang sering bercakap mengenai isu ini memandangkan masih ada yang seakan menidakkan mereka berkulit gelap juga mampu berdiri setara dengan mereka yang berkulit cerah.
“Apapun saya percaya masing-masing ada kelebihan yang boleh diketengahkan,” tambah Hanee lagi.
Sementara itu, gadis yang fasih berbahasa Mandarin, Tia Sara pula dijulang sebagai tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi Sherin, semalam.
Tempat keempat disandang Anna Jobling sementara tempat kelima pula milik Rania.
Selain itu, program final yang bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Ria HD itu menampilkan Scha Alyahya sebagai hos, Datuk Aznil dan Neelofa sebagai juri jemputan.
Sementara Datuk Hans Isaac pula sebagai bertindak sebagai juri tetap.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI