Penyanyi, Ernie Zakri ada memberikan respon sejurus persembahannya menerusi Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, 9 Februari lalu.

Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri menyifatkan, dirinya sudah memberikan yang terbaik ketika mengalunkan lagu Ku Bersuara di anugerah tahunan berprestij itu.

Bagaimanapun, dirinya percaya rezeki.

“Tipulah kalau saya kata saya tak kecewa, memang saya akan cakap kat diri saya tak apalah tak ada rezeki.

“Tapi apa yang saya tahu saya dah memberikan 100 peratus persembahan saya tempoh hari, sebaik yang mampu.

“Usaha yang saya berikan selama berbulan-bulan untuk persembahan malam itu sudah semestinya kita nak hasil yang terbaik.

IKLAN

“Tapi malangnya saya tak mendapat hasil yang baik juga pada malam tu,” katanya.

Malah, penyanyi berusia 28 tahun ini turut meluahkan rasa kecewa apabila tidak memenangi sebarang kategori yang dipertandingkan.

“Malam tu saya sangat kecewa, sedikit sedih sebab saya rasa apa lagi yang saya nak kena bagi supaya orang boleh berikan kemenangan itu pada saya.

IKLAN

“Bila tak dapat tu terus rasa kecewa. Akan tetapi seperti yang saya beritahu, ia akhirnya terletak pada rezeki juga,” luah Ernie yang mahu terus berikan yang terbaik buat para peminatnya.

Ernie menjelaskan, dia tetap rasa gembira dan bersyukur kerana peminat dan penyokong yang tidak henti memberi kata-kata semangat.

“Bila bangun esok pagi tu sejujurnya saya rasa gembira kerana saya terima banyak mesej positif daripada semua orang.

IKLAN

“Jadi saya terfikir apa lagi yang saya nak selain daripada penghargaan daripada pendengar dan penyokong?

“Sebab apa yang kita buat ni dalam industri, kita berikan yang terbaik untuk siapa kalau bukan untuk mereka jadi saya okey sebenarnya,” jelas Ernie jujur.

Ernie MH pada sidang media program Ceria Megastar musim kedua yang berlangsung di The Love, MaTiC, Kuala Lumpur pada Selasa.

Program Ceria Megastar merupakan sebuah program realiti aneka bakat yang menampilkan para peserta berumur 18 tahun ke bawah.

Selain Ernie, pelakon Zizan Razak turut menggalas tugas juri untuk program berkenaan yang bakal menemui penonton bermula 29 Februari, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Ceria HD (631).

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI