Bila kami stalk entri terbaru di Instagram milik Yuna, kami berbangga dengan sikap prihatinnya.

Ramai pengikut penyanyi Terukir Di Bintang ini meluahkan rasa terharu dan menganggap Yuna satu dalam seribu kerana telah membantu sebuah keluarga yang sedang bercuti di Los Angeles yang ditimpa kesusahan.

Salah seorang ahli keluarga mereka dikatakan telah jatuh pengsan dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Today I visited @tasnimradzi and her family at the California Hospital Medical Center.. thanks to her friend @amirahsaad who DMed me about this Kedahan family from Alor Setar, Malaysia they were on their 1st family vacation in the U.S. when Tasnim’s dad collapsed last week here in L.A, but Alhamdulillah the hospital was quick to treat him & saved his life ..now he’s recovering! PS: @uber @uber_my lets help them as they’ve been takin the @uber back & forth the hospital. Also, so much love for LA based Malaysian students who offered their home to this family!! Any help is good will post more soon about this. Praying for a speedy recovery to uncle Radzi, it was great meeting you all, made me miss my little family back home?❤️ also what kind of friend DMs a singer through IG asking to help a friend? the crazy kind, the best kind! Tasnim&Amirah y’all are friends for LIFE. I’ve to say I’d do the same for my friends too. #itsaMalaysianthing ??#kedah

A post shared by Yuna (@yunamusic) on

Kongsi Yuna, dia mengetahui kejadian tersebut apabila seorang peminatnya yang bernama Amirah menghantar mesej peribadi di Instagramnya (DM) dan mengharapkan dia dapat membantu keluarga rakannya, Tasnim di sana.

Ads

Yuna kemudiannya terpanggil untuk menziarah keluarga berkenaan di hospital. Walaupun berada di kota metropolitan, Yuna tidak berkira untuk menghulurkan bantuan.

Pada masa sama, Yuna juga berharap agar perkhidmatan kereta talian, Uber juga dapat membantu keluarga tersebut untuk berulang alik dari tempat penginapan mereka ke hospital yang memerlukan kos yang tinggi.

Ads

Yelah, kita semua tahu kos pengangkutan disana bukanlah murah berbanding di Malaysia.

Bantu Keluarga Malaysia di LA, Netizen Anggap Yuna Satu Dalam Seribu

Ads

“Today I went & visited @tasnimradziand her family at the California Hospital Medical Center.. thanks to her friend @amirahsaad who DMed me about this Kedahan family from Alor Setar, Malaysia they were on their 1st family vacation in the U.S. when Tasnim’s dad collapsed last week here in L.A, but Alhamdulillah the hospital was quick to treat him & saved his life ..now he’s recovering! PS: @uber @uber_my lets help them as they’ve been takin the @uber.” tulisnya di laman tersebut.

Ribuan komen membanjiri memuji tindakan Yuna yang cukup mengharukan. Rata-rata pengikutnya menyifatkan Yuna seorang yang merendah diri. Malah patut dicontohi oleh penyanyi lain meskipun dia kini sudah bertaraf antarabangsa.

Bantu Keluarga Malaysia di LA, Netizen Anggap Yuna Satu Dalam Seribu

Bantu Keluarga Malaysia di LA, Netizen Anggap Yuna Satu Dalam Seribu

Penyanyi lagu Crush itu juga turut terharu dengan ikatan persahabatan yang cukup erat di antara Amirah dan Tasnim.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI