Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha turut sama mahu membantu di kala negara sedang berdepan krisis penularan COVID-19 apabila bintang menyalurkan derma lebih RM7,000 kepada badan bukan kerajaan (NGO), keluarga, serta individu yang memerlukan bantuan.
Kongsinya seperti yang dipetik Harian Metro, dia memulakan inisiatif itu sejak beberapa hari lalu meski pada awalnya, ia lebih beri fokus pemberian bantuan kepada golongan kurang berupaya demi meringankan beban.
“Saya mengambil inisiatif ini untuk membantu keluarga yang kurang pendapatan, keluarga susah dan yang memerlukan bantuan kewangan. Saya sangat bersyukur dapat menyumbang.
“Bagaimanapun, bantuan saya cumalah satu peratus saja dan saya sangat memerlukan bantuan daripada orang ramai yang boleh menyumbang sama.
“Selepas habiskan peruntukan sendiri, saya masih menerima banyak mesej di laman sosial daripada individu yang perlu bantuan.
“Saya tidak boleh duduk diam dan perlu mencari jalan untuk memaklumkan mereka mengenai paltfrom berkenaan. Ada juga individu yang bertanya bagaimana mereka boleh tampil ke depan dan menyumbang sama,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Daiyan ada berkongsi beberapa platform buat mereka yang mahu menghulurkan sumbangan misalnya Mercy Malaysia.
“Saya sendiri ada berhubung dengan organisasi ini menerusi mesej peribadi. Ini disebabkan saya tahu mereka ada platform untuk orang memberi sumbangan kepada masyarakat tidak berkemampuan di Malaysia.
“Mereka menyediakan peralatan membasmi virus kepada golongan warga emas, keluarga kurang pendapatan, individu disyaki dijangkiti virus, dan kurang bernasib baik,” jelasnya lagi.
Selain Mercy Malaysia, Daiyan turut menyenaraikan organisasi bukan kerajaan IMARET dan MyCARE.
Terdahulu, perkara berkaitan turut dikongsikannya menerusi IG TV dan Insta Stories.
Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Daiyan Trisya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI